Salam semua,
Tarikh bermula puasa telah pun diumumkan jam 8:30malam tadi, sama seperti setiap tahun, Penyimpan Mohor Besar Raja2 pun masih lagi orang yang sama. Maka, insyaallah dipanjangkan usia, kita semua akan bermula mengerjakan ibadah puasa pada hari Sabtu nanti. Ramadhan ini sangat saya nantikan. Pertama, kerana saya dapat berpuasa sekurang2nya sepuluh hari bersama suami saya yang akan bercuti lebih kurang seminggu. Kedua, saya akan merasai pengalaman berpuasa yang baru, dalam suasana yang baru, sama sekali berbeza dengan pengalaman saya berpuasa bersama keluarga di KL. Yang tak pernah saya rasakan sebelum ini :-) Bersama orang baru, lokasi baru, Insyallah semangat baru.
Semoga Ramadhan ini terus menyinar dan memberi cahaya kepada kita semua untuk menjadi hamba yang taat kepada-NYA. Alhamdullilah atas kurniaan rezeki, semoga tidak terleka dalam perjalanan ini.
God Bless,
Nazie
Thursday, August 20, 2009
Ramadhan datang lagi.
Posted by Rentak Interaktif Kota at 9:16 PM 2 ayat POWER BEB!
Tuesday, August 18, 2009
Oppurtunity only knocks once :-)
Salam satu Malaysia semua:-)
Sejak berkahwin dua bulan lepas, jarang2 saya dapat mengemaskini blog nie. Maaf semua. Saya agak sibuk menguruskan kehidupan yang baru nie, heheh! Pada mulanya agak janggal sebab saya dan suami masih lagi berjauhan, dalam erti kata yang lain, walaupun kami suami isteri yang sah, kami tidaklah lagi duduk serumah dan sebumbung ( walau pun sudah tidur sekatil, hiks!). Kerana suami saya bertugas sebagai guru di sebuah lokasi yang memang pedalaman, nun di Sabah, maka-nya beginilah kehidupan kami buat sementara waktu. Memang tidak sama seperti pasangan lain, tapi seperti biasa 'life must goes on'...
Dalam pada itu, kita semua turut menerima perkhabaran yang sedih terutama pemergiannya mereka yang telah berbakti dan menaikkan taraf industri hiburan tempatan. Tidak perlulah saya tuliskan disini dengan lebih lanjut, kerana semuanya sudah maklum. Saya pun begitu sedih dengan pemergian mereka berdua. Justeru, mereka yang pergi telah pergi mengejar syurga... jadikanlah kebaikan mereka yang telah pergi sebagai pedoman untuk kita melayari kehidupan. Yang kita belum tentu lagi penghujungnya *sigh*
Kali ini, entri ini berkaitan dengan pengalaman saya melihat peluang dalam hidup.
Ada orang putih kata "oppurtunity only knocks once". Datang pulak orang putih yang lain yang tak setuju dengan pepatah nie lalu berkata "oppurtunity knocks all the time". Kemudian datang pulak orang putih yang dah lama bermastautin di negara Asia yang tak setuju dengan kedua2 pepatah ni kerana kurang idealistik, maka keluarlah pepatah baru "If oppurtunity doesnt knock, built a door". What says YOU??????
Okay, setiap orang ada pengalaman hidup kan, mungkin dari kategori yang sama.. pengalaman menjadi isteri, pengalaman di tempat kerja yang baru, pengalaman pertama kali bekerja, pengalaman menipu dan ditipu atau pengalaman menjadi ibu dan macam2 pengalaman lagi lah.... yang berbeza mungkin situasi yang memungkinkan keadaan itu sahaja. Setiap pengalaman yang kita lalui datangnya dari satu peluang. Contoh 1: Pengalaman berkahwin, datang nya kerana anda berpeluang menemui pasangan yang dirasakan secocok dengan anda. Maka setelah berkawan, bercinta, bertunang kemudiannya berkahwin. Contoh 2: Pengalaman menjadi penyanyi datangnya kerana anda mempunyai suara yang sedap, maka datanglah peluang untuk mengembangkan bakat anda itu. Jadi tahniah!
Dalam hidup saya, saya juga tidak ketinggalam mendapat peluang sama seperti orang lain. Peluang berkahwin, peluang menjadi penyampai radio, peluang menjadi pelajar terbaiik,peluang membuat perkara yang kita suka. Ya, peluang membuat perkara yang kita suka. Dah tentulah, kalau kita dapat peluang membuat perkara yang kita suka atau idam, kita akan seronok tak terkata, kan kan kan kan... Namun bagaimana pula kita memanipulasi peluang yang ada, yang telah datang di depan mata. Dalam hidup saya juga, selain saya yang mendapat peluang, saya juga bertuah kerana dapat melihat orang lain disekeliling saya yang tidak ketinggalan turut mendapat peluang yang mereka impikan. Ternyata ada di kalangan mereka yang berjaya. Maka tidak sia2lah peluang yang datang. Yang kurang berjaya dengan peluang tersebut, tidak bermakna mereka tidak berjaya, namun mereka juga harus meneliti apa yang telah mereka lakukan dengan peluang tersebut...
Dikalangan kita semua yang telah ditentukan mendapat peluang dari yang punya dunia, termasuk saya kadangkala lalai mengejar dan memenuhi peluang tersebut, kita gagal mengambil kira apa dan siapa di sekeliling kita ketika datangnya peluang itu. Kadang2 apabila kita memenuhi tuntutan peluang tersebut, tanpa kita sedari, kita telah membuat rakan anda berkecil hati, gara2 pertuturan kita yang kurang kemas. Dalam keghairahan kita memenuhi tuntutan peluang, kita terlupa kita ada suami dan anak2 yang perlu kita ambil tahu perkembangan harian mereka. Dalam pada kita menagih peluang, kita terlupa untuk berterima kasih, walaupun hakikatnya kita mengucapkan perkataan itu...dengan kerap.
Saya melihat ada orang yang mengejar peluang, peluang datang kepada mereka setiap saat, lepas itu, ini pula datang, tak menang tangan dibuatnya, dan kadang2 tak terbuat juga... hehe! Akan tetapi, kerana terlalu kerap mendapat peluang, satu perasaan dalam diri mula tumbuh, mungkin merasakan tiada orang lain selayak mereka. Namun yang sedihnya, walau datang banyak peluang, namun tidak ada satu pun yang kekal. Bila difikir2, mungkin juga kerana sikap dan pertuturan kita yang menyebabkan orang lain merasakan bebanan untuk bersama kita, haha!
Disatu sudut yang lain, tidak ramai atau jarang2 dapat peluang seperti Mawi dan Dato' CT, namun kerana peluang tersebut diambil tanpa lengah, disokong oleh mereka yang tegar dikeliling, maka bersina2 lah peluang dalam mereka. Mungkin orang akan berkata...'kalaulah mamat tu tak ambil peluang ni dulu, tentu dia masih lagi tak berjaya...macam dulu"
Di satu sudut pinggiran pula, ada yang menagih peluang, mahu dapat peluang yang mereka idam, akan tetapi peluang lain pulak yang hadir...! Samada mereka berjaya atau tidak, samada mereka mahu memenuhi tuntutan peluang tau tidak, kita sendiri pun tak tahu!
Saya merasakan, setiap orang perlu diberi peluang. Namun bagaimana mereka menjana peluang, akhirnya terpulang kepada diri sendiri. Sebab tu lah ada manusia dalam dunia nie yang selalu dapat peluang, tapi kerana sikap diri sendiri yang faham2 ajelah, makan peluang yang datang tidak dijana sebaiknya. Ada manusia yang tak pernah lansung diberi peluang, justeru bila dapat peluang, tak tahu nak mula dari mana. Ada juga yang dapat peluang, tapi terus menagih peluang yang baru tanpa meneliti peluang yang ada, heheh, macam2 lah!
Semuanya terpulang kepada diri. Tak kiralah berapa banyak peluang pun yang datang atau takda lansung peluang yang datang, jana lah ia dengan cara yang paling 'wassathiyah'...Insya-allah anda layak mendapat peluang itu dan berjaya dan kejayaan anda sudah pasti dikongsi dan disokong oleh mereka yang mengelilingi anda dari jauh mahupun yang dekat....
Sekian bebelan yang dah lama tak berbunyi!
-Nazie-
Posted by Rentak Interaktif Kota at 1:13 PM 1 ayat POWER BEB!
Sunday, July 12, 2009
Jom oghang KL begambih ke Kuching!
Salam!
Mengambil peluang bercuti dengan harga tiket yang murah dari Air Asia, maka dengan tidak sengajannya, saya, Hezry, Sonic dan ND terbang ke Kuching mencari kegembiraan melepaskan lelah bekerja. Ini adalah percutian pertama saya sejak berkahwin pada bulan lepas. Kuching holiday was gooooood and awesome. We were entertained with such a good team. Kudos to EE, Ahim, Adammmmzzz and not to forget Neng!
Percutian singkat 3hari 2 malam, memang lah tak cukup terutamanya untuk si Sonic yang dah gian nak makan Raja Ayam Penyet tu, tapi sangat penuh dengan aktiviti yang mantap! Diselenggarakan oleh EE ( yang kacak! ) dan dibantu oleh si Neng ( kacak juak! ) ...
Sepanjang 3 hari di Kuching, sempatlah kami melawat Kuching Cultural Village, yang menjadi sebutan seantero Kuching itu, selain turut melawat konti Sarawak FM. Wau, cantik kontinya! Cahaya yang sedang2, tak lebih tak kurang, terisi dengan pelbagai hiasan yang mengalahkan dekorasi Eric Leong. Tekak juga terisi dengan pelbagai makanan istimewa orang Kuching... antaranya Mee Kolok ( nyaman gilak aih ), Rojak Kuchei, Laksa Sarawak dan hidangan paling popular di Sarawak --- Nasi Raja Ayam Penyet. Tidak ketinggalan sempat melawat Dai Chi, lokasi yang sering membuatkan Sonic rasa bangga menjadi dirinya! Hahaha! Bakatnya sangat terserlah di Dai Chi, dibantu oleh lontaran vokal yang sangat rangup oleh EE, Adamzzzz dan Ahim! Wah, kagum kagum kagum!
Sempat juga bersolat di rumah neneknya Ahim, yang menyambut kedatangan kami dengan penuh teruja! Kami pun lagi lah teruja dan terkejut dengan hidangn biskut susu yang sedanp teramat dan air sirap resepi rahsia tu!
Membeli-belah juga tidak ketinggalan tersenarai dalam agenda. Kawan2 KLFM yang lain, jangan risau, ada habuan untuk korang kami kbawa balik occay! Membeli beberapa cenderamata di depan Waterfront memang indah. Lagi indah kalau wang yang dibawa takl habis diguna, walau keinginan meluap2, hehehe!
Agenda di Kuching telah pun tamat, kami pun berangkat dengan penuh berat hati dan berat kaki dan berat perut akibat penangan Nasi Raja Ayam penyet ke lapangan terbang Kuching!
Terima kasih daun keladi to oghang Kuching! Kami pasti akan terjah lagi k Kuching! Aukkkk!
Overall, nice peeps, nice frens, nice place, good foods, good foods and good foods! Goodbye Kuching yang sangat happening!!!!!!!
And as usual, let the photo do the talking aih! Ada apa2 soalan, boleh tinggalkan di ruangan komen ya! Hik Hik Hik!
Posted by Rentak Interaktif Kota at 11:12 PM 3 ayat POWER BEB!
Saturday, July 11, 2009
Wedding Unites Everybody - The Solemnization and The Blessing
Wedding Unites Everybody - Wedding Cake
Salam semua,
Setelah lebih sebulan lebih tidak menjenguk blog, saya kini kembali! Dengan pelbagai cerita yang masih segar di ingatan okay! Harap2 sempat lah saya menulis entry demi entry walau dalam kekangan masa!
Entry ini berkaitan dengan kek perkahwinan saya yang masih lagi hangat ditanya samada oleh tetamu yang hadir semasa majlis resepsi, tidak ketinggalana rakan taulan terdekat yang nampaknya tertekan, cemburu dan jeles dan suka dengan kek perkahwinan saya. Hehe, jangan marah. Again, i hate being normal...!
So cake yang anda lihat semasa majlis resepsi itu adalah hasil idea saya dan suami dan diterjemahkan dengan jayanya oleh Anisbakery.net. Wah makin kencanglah bisnes Kak Nisa kita sekarang, Tengok ke laman webnya, promosi sana sini! Syabas!
So, peeps, Lets the photo do the talking lah!
Posted by Rentak Interaktif Kota at 6:58 PM 0 ayat POWER BEB!
Tuesday, June 16, 2009
Wedding Unites Everybody - By Rozidot www.rozidah-imran.blogspot.com
From my pengapit! Enjoy reading, love ya!!!
http://rozidah-imran.blogspot.com/2009/06/firstly-i-would-like-to-thank-couple.html
Firstly I would like to thank the couple, Nan & Nazi. It was a great honoured to be your pengapit and be right by your side during your special day (eventhough I almost make a fool of myself in front of the public. pheww!!!). It was my first experience and for the first time being a pengapit. I felt so important that day as well because I have to take care of the bride (did I take care of you nazi? LOL!). Somehow, kalau ada salah silap mintak maaf yer. I know I was a bit kelam kabut the other day and kept on asking Nazi on the pelamin, "apa nak buat ni????".
Well, the ceremony was superb and I was so happy for both of you! Like I said, you two are one of the best couples I have ever seen. May Allah grant you a happy married life!
Amin! Once again, thank you and congrats to both of you.
Posted by rozidah imran at 9:17 AM
FROM www.rozidah-imran.blogspot.com
Posted by Rentak Interaktif Kota at 7:31 PM 1 ayat POWER BEB!
Wedding Unites Everybody - from Manifestasi Mimpi FaizaLMukhtar.com
By our very own freind, Faizal Mukhtar...
Satu wedding & Satu re-union. Gila apakah ini ?!! : AFTERMATH
Sunday, June 07, 2009
http://faizalmukhtar.blogspot.com/2009/06/satu-wedding-satu-re-union-gila-apakah.html
Suruh gua datang kasik ucapan testimoni taraf VIP, bubuh Fadhilah Kamsah dengan Akhil Hayy depan mata gua, pastu lantik musuh ketat gua dengan ex-aweks gua jadik pengapit. Apa tu tak bunuh diri ke namanye masa time lepak nanti ?! *&%$ BETOL !!!
kredit foto : Emy Dzul / Min Che 'Ad / Mus
Posted by Rentak Interaktif Kota at 7:23 PM 0 ayat POWER BEB!