ME:
Cilakak lu faizal! baru baca blog kau! ucapan taraf barrack obama kau tu aku akan ingat sampai bile2 especially masa kau nak jalan masuk, lalu depan pelamin ke rostrum! Macam mat lampir!!!
Read em all, yawl! Malas nak cite banyak lagi dah!
By our very own freind, Faizal Mukhtar
http://faizalmukhtar.blogspot.com/2009/06/wedding-and-re-union-gila-gila.html#comments
Satu wedding & Satu re-union. Gila apakah ini ?!!
Saturday, June 06, 2009
UiTM circa 2003. Cuba teka... kutu mana, jadi apa ? Dan dimanakah kutu-kutu jantan lain di dalam gambar ini ?
Malam ni ada resepsi merangkap kenduri kahwin dua orang kutu masa kat UiTM dulu. Masa tu la kutu, ramai dah dalam gambar tu dah bersara jadi kutu. Kecuali gua kot. Nan atau Cikgu Iznan sekarang dah selamat jadi guru sekolah dah kat Sabah. Heh! Gua dah jangka dah. Lu kalau lu pilih join maktab guru, lepas tu confirm lu kena posting kat Sabah. Takpe. Sana 'pemandangan' dia cun. Nazi atau DJ Nazirah sekarang DJ Radio stesen kerajaan. Stesen radio untuk orang KL. Gila apa nak bangun pagi-pagi buta sebelum ayam jantan berkokok?! Pastu nak head-on pulak dengan Din Beramboi dengan Fafau. Memang keje gila. Tapi lu buat jugak sebab lu handal.
Nan dengan Nazi. Sampai jua lu orang akhirnya ke jinjang jodoh. Memang tak ku duga.
Sekali gua datang rehearsel diorang semalam, gua usha la wang hantaran. Gua usha preparasi. Gua usha belanjawan. Gua usha segala perincian yang ada. Gua usha itu. Gua usha ini. Walhal gua diundang untuk rehearse bab skrip ucapan aje untuk ini malam. Mak ai! Dahsyat. Gerun melihatnya. Tak sangka, lu orang memang bijak berbelanja.
Selain majlis kenduri-kendara dan resepsi makan-makan yang diorang adakan kat situ... dibelasahnya acara reunion. Aduh! Dah la gua tak berapa 'in' dengan rapat-umum ala reunion. Diadakan pula serentak. Sumpah Lillah memang gua tak dapat lari lagi dah. Abis resepsi nanti, kena la gua prepare teks kutuk mengutuk tanpa henti ni. Licik betul lu orang bikin rancangan perkahwinan.
Apa-apahal, jentera dan plan walimatul urus lu orang best. Buat pulak kat tempat grand. Time cuti sekolah. Parking mantap. Masjid dekat. Tasik dekat. Kita jumpa di sana dan lihat --- bazooka sapa yang lebih penaka!
SELAMAT PENGANTIN BARU, NAN. SELAMAT PENGANTIN BARU, NAZI.
Gua harap, ucapan resepsi gua malam ni akan dapat sambutan ini macam.
Nan dan Nazi. circa 2001, UiTM Shah Alam. Orang dah tak main dah style GQ ala KRU tu dah, Nan. Tapi lu bailon jugak. Nazi, pakai baju macam student kat universiti negeri Kanada. Berlapis semacam.
FROM :www.faizalmukhtar.com
Tuesday, June 16, 2009
Wedding Unites Everybody - from Manifestasi Mimpi - Faizalmukhtar.com
Posted by Rentak Interaktif Kota at 7:10 PM 0 ayat POWER BEB!
Tuesday, June 9, 2009
Wedding Unites Everybody - Epi 01

Semasa proses mengumpul alamat dan data kawan2 terutama rakan2 UITM, terbit juga perasaan risau di hati kami, yelah tarikh 6-6-09 memang dikhabarkan akan ada banyak majlis perkahwinana. Penolong pendaftar nikah kami pun, Ustaz Khairuddin beritahu, pada hari tersebut sahaja, beliau sudah menikahkan 7 pasangan termasuk kami di sekitar Shah Alam. Kami memang sudah lama berhajat untuk mengumpulkan seramai boleh rakan2 UITM yang pernah bersama kami, samada junior mahupun senior. Justeru kad dihantar memang banyak kepada warga Mass Comm UITM. Kalau ada yang tak dapat, maafkan kami ya. Semasa majlis juga, dari jauh kami dapat melihat kehadiran junior saya yang saya panggil Adik iaitu Syarizzuan atau One, saya jugak nampak Zareen, Tikah dan Debby, Aini dan ramai lagi warga UITM yang tak dapatlah saya nak namakan 1 persatu. Diatas pelamin, kalau pengantin lain sibuk kontrol ayu dan macho, kami pulak sibuk berborak dan bertanya antara satu sama lain termasuklah dengan si pengapet dua orang tuh, huh! Ada cerita juga tentang pengapit ekslusif kami nie ( ayat takble blah ). Later occay!
Kami sangat terharu dengan kehadiran anda semua. Walaupun tidak semua yang hadir, tetapi hajat kami termakbul. Selain daripada majlis perkahwinan ini menghalalkan hubungan saya dan suami, majlis perkahwinan ini juga telah menemukan saya dan suami dengan rakan2, telah menyatukan semula rakan2 dengan sahabat2 yang lain. Alhamdulillah! Semoga kasih sayang diantara kita akan terus berkekalan!
Kami sayang anda semua :-D
Hugs and Kisses
Posted by Rentak Interaktif Kota at 10:03 AM 1 ayat POWER BEB!
Wedding Unites Everybody - Introduction
Salam semua... Terlebih dahulu saya dan cikgu Iznan serta seluruh kaum keluarga ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang tellahpun hadir pada majlis perkahwinan kami pada hari Sabtu, 6 Jun 2009 baru2 nie. Tidak kira siapa pun anda, lambat atau cepat, jauh dan dekat, sesungguhnya kehadiran anda semua amat bermakna untuk kami berdua. Saudara-mara jauh dan dekat, rakan2 Ex SMKTS, rakan2 Mass Comm of course, rakan IPGM, Pendengar dan Sahabat KLFM, Rakan2 KLFM sudah pastinya dan seluruh anda yang hadir. Terima kasih dari hati yang tulus ikhlas untuk anda semua.
Majlis perkahwinan ini amat bermakna buat kami, ia telah menemukan kami dengan rakan2 yang sudah lama tida bersua, ada yang hampir 12 tahun tidak berutus khabar. Perkahwinan kami telah menemukan kita semua. Perkahwinan ini juga telah menyatukan 2 keluarga yang sama bangsa namun berlainan adat, tutur cara dan budaya. Namun, perbezaan unik ini telah mendekatkan kami semua. Alhamdulillah...
Sungguhpun, masa depan belum lagi direncanakan, namun jalannya sudah ada. Kami bersyukur...
Dikesempatan ini juga kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada wedding team kami yang bertungkus lumus membantu sejak persiapan awal majlis perkahwinan ini. Wedding team kami terdiri daripada adik-beradik, saudara-mara, rakan2 Mass Comm, rakan2 KLFM. Tidak ketinggalan our official photographer, Fad Manaf and Amrul Kareem, The wedding cake sifu by ANisbakery, the videographer by Afiq, the kompang team done by Jalal kompang dan konco2nya, the wedding beautician, kak Shaz and decoration team, team from TSI, Dzeti for the wedding card design and printing and not to forget Ustaz Akhill Hayy yg telah memberikan komitmen untuk majlis perkahwinan kami.
The wedding-log will be written and update here, slowly and smoothly, Insyaallah...
We present everyone and each of YOU:-
Lets the photo do the talking. All you gotta do is smile all the way :-)
Hugs and Kisses,
Nan & Nazie
Posted by Rentak Interaktif Kota at 1:02 AM 2 ayat POWER BEB!
Tuesday, June 2, 2009
Counting days...
4 hari lagi bakal bergelar isteri kepada Che'gu Iznan, saya rasa apa ye? Mungkin sama juga rasanya dengan anda semua yang pernah melalui momen2 ini, kan? Resah-gelisah, berdebar2, takut, gembira, tak sabar dan segala-galanya lah. Bimbang juga takut tersasul nama plak Che'gu sebit nanti. Risau jugak mana-lah tahu ayah saya yang terlebih gabra... Salah pulak sebut nama calon menantu, hahaha! Ini kali kedua ayah saya menjadi wali untuk anaknya. Pertama sekali, 3 bulan lepas, masa adik saya kawen... Ok lah kot, ayah jangan tiba2 gelabah and tak hafal skrip pulak aih! Kismis banyak Alongtengok dalam peti ais tuh! hehehe!
Sejujurnya, malam ini juga saya terkenang2 zaman remaja dan zaman ting-tong saya yang semakin sampai ke penghujungnya. Selepas ini, satu fasa baru pula akan saya lalui dalam hidup saya. Fasa yang penuh tanggungjawab harus dipikul di bahu. Sebagai seorang isteri kepada seorang lelaki, sudah tentulah kita semua arif dengan tanggungjawab dan adab-nya, kan? Saya tak perlu huraikan sebab kebanyakkan kita sudahpun sedar dan tahu... Samada bersedia atau tidak, bukan lagi persoalannya, kerana jalan telah pun dipilih. Maka, yang harus difikir sekarang adalah, bagaimana mengatir jalan dengan betul :-D
Dulu masa saya remaja, zaman sekolah, memang 1 sekolah lah tahu saya nie minah yang kecoh, suka gelak kuat2, suka buat lawak dan macam2 lagilah! Hahha! Saya siap ada satu geng yang akan kemana saja bersama2. Dulu masa tingkatan 4 dan 5, kami tidak ada kelas tetap. Sebab bilik kelas tak cukup. So kitorang ni dipanggil 'kelas @ budak setinggan". Kitorang akan masuk ke kelas yang lain2 termasuk makmal mengikut jadual. Setahun macam tu! Tapi seronot, sebab masa peksa boleh kongsi2 jawapan2! Exam dalam makmal sains, duduk dekat2 jer! Haahahah! Hidup aku masa high skoool memang Rawks aih! High School Rawks! I missed every second of it :-p
Pastu zaman di Universiti pulak, nama pun student Mass Comm - UITM.. Level 13 menjadi saksi budak2 mass comm yang berchenta pastu berkahwin, ada juga yang berchenta tak kawin2, tak jadi kawen pun ada. Tapi dalam kes saya dan Che'gu Iznan, kami tak pernah pun bercinta semasa di UITM. Kami sekelas dari Part 1 Degree sehinggalah tahun akhir, tapi tak pernah terdetik pun hati saya nak bercinta dengan dia. Dia pun apatah lagi! Lagipun masa tu, saya tak berapa geng dengan dia. Dia pun sama, sebab dia cakap saya kecoh, suka dominan bile buat presentation dan selalu jalan2 dengan geng saya. So dia takut nak join. Hahaha! What a story, now i'm going to marry him in 4 days...
Selepas ini, seperti pasangan2 yang lain juga, kebanyakkan perkara harus difikirkan untuk kebaikan bersama dan masa depan yang kami berdua akan usahakan bersama, Insyaallah! Saya tidak memikirkan samada saya bersedia atau tidak, yang saya fikirkan sekarang ialah apa yang perlu saya dan Che'gu buat untuk masa depan kami dan bakal anak2 yang akan dilahirkan! Kids are precious, anak anugerah terindah. We want to create a properties for each of our child. Living in a new world, we must think a step ahead. Must think of our future, on top of that, the future of our children. Masyallah, the world spin so fast now, kan....
Persiapan semua hampir siap. Bilik saya dah dikemas, Iznan akan datang ke KL Khamis ni bersama sanak-saudaranya. Jumaat ini, kami ada rehersal bersama wedding team kami, sebelah malamnya pula ada kenduri doa selamat di rumah mak busu saya di Shah Alam. Sabtu, akad nikah bermula jam 2 petang, sebelah malamnya persandingan, Insyaallah!
Doakan segala yang dirancang berjalan lancar ya! Saya akan kembali bertugas di Konti KLfm pada 22 Jun 2009! Tapi sekarang pun dah mula rindu nak ke-udara bersama pendengar KLFM *wink*
Anda yang sentiasa membaca laman blog ini, terima kasih yang tidak terhingga. Membuatkan semangat saya makin meluap-luap untuk menulis disini. Hehehe! Bless each and every one of you guys for the support! Jangan berhenti! Terus berlari, kawan :-D
Terakhir, saya tepek kan hasil kegedikan saya dan Che'gu Iznan yang dirakam kira-kira 3 tahun yang lalu, masa ni chenta kami tengah hangat berputik /^0^\ ....
Dan beberapa zaman terlampau saya! Hahaha! Enjoy the photo, hommies!
Masa ni, satu geng berjalan dari seksyen 2 Shah Alam, lepak2 kat PKNS dan Alam Sentral. Dulu2 kat Shah Alam, dedua tempat ni memang popular lah, penuh dengan student UITM je, SACC takda lagi masa ini. Kitorang jalan kaki dari uitm, lalu depan tasik Shah Alam, depan masjid negeri tuh. Hahaha! tengok lah Iznan punyalah kurus, saya tetap maintain! Mahal gambar nie, mahu kena kutuk lepas nie aih!
Gambar ini pula di Level 13, Fakulti Mass Comm yang angat horror itu, hahaha! Satu kelas amek gambar kenang-kenangan sebab akan berpisah. Masa ni kami di semester ke-6. Semester akhir.... syahdunya tengok muka kawan2 aku kat dalam gambar nie, :-D
Ini gambar lagi syahdu dan sangat menggamit memori! Masa saya di Tingkatan 5 PA1. Ini cikgu Matematik kesayangan semua ( Amyz, sila ingatkan kembali nama cikgu ni, lupa abis aku aih! ) Masa ni cikgu Matematik saya ni nak berpindah jadi kitorang bergambaq lah... Yang baju kuning, pustakawan, yang baju biru, pengawas, yang baju putih lagi suci itu, budak-budak baik semuanya, hahaha! Tempat duduk saya dalam kelas ni di baris yang kedua dari papan hitam ( al-maklum la, rabun...) Tali beg warna biru kat dalam gambar, beg saya lah tu... :-D
Jadi sekian untuk malam ini :-D
Kembali dengan gambar2 perkahwinan yang akan ditepek tak lama lagi...
Miss yawl,
Posted by Rentak Interaktif Kota at 8:37 PM 3 ayat POWER BEB!
Wednesday, May 27, 2009
Im off for Long Long Holiday!
Hai semua!
It has been long long preparation for me, so now closely, it'll come to the end, insyaallah! Im gonna be idle for like a month ( could be more ) hahaah! This holiday will start effectively this Friday and will end up on 21 June 2009. The wedding on my side will be on 6 june, and on iznan's side will be on 12 June. 13 June, we gonna enjoy our 'hornymoon' ;-p and will be back to KL on 15 June. Iznan will be going back to his second home in Tambunan Sabah on 16 th. We'll meet up again Insyaallah on 16 July, most probably we plan to go to Kundasang. And within 4-5 day holidays, im gonna have few meeting and appointments, which i can't reveal yet on what it's all about. Heheh! But, what i can tell here is... the meetings and appintments is in regards of our future planning. Hehehe!
So, those who receives card and invitation via calls, sms, FB, do come on 6th okay! There's ustaz with all the contervasy now, Akhill Hayy performance, Insyaallah. Gonna as well a reunion for my ol' hommies! My ex-SMTS will be there, a reunion of 12 years occay! Tak sabar nye nak jumpa korang! And not to forget, our ex-Mass Comm batch, reunion for 6 years! Wowww! I hope everthing that we have planned and sum up in the running order will run smoothly, Insyaallah!
Anda yang menjadi pembaca setia blog ini, tak kisahlah sesapa pun, kawan2, lawan2, sedara-mara, adik-beradik, sepupu-sepapat, geng bas sekolah, geng2 yang saya baru je kenal, pendek kata semuanya lahhhh! Kita akan bersua semula selepas perkahwinan saya, dan tunggu juga gambar2 yangbakal saya tepek kat sini ya!
Lupe plak, nak cite, gambar kat atas tu berjaya diambil oleh Nadzmi ( anak en Azli Paat ) ketika rakaman program Santai. Ada sekor rerama yang terbang, kemudian sedap aje landing kat peha saya. Dari mula saya buat briefing untuk penonton, rakaman sampailah habis rakaman, rerama tu tak reti2 nak terbang ke tempat lain! Sedap sangat lah tu landing kat tilam Dunlopillo! Hahahhha! Jadi saya consider dengan poyo-nya, rerama tu suke kat saya ( erm, peha saya ) sebab saya tengah darah manis! Duhhhh!
Okay semua, have a nice day! Gonna miss everyone and each of you here! Take care of yourself and I'll be back, with new status :-p, Insyaallah
xoxo
P/S: Majlis Konvokesyen cikgu Iznan akan diadakan pada 30-31 Mei ini di USM, Kota Bahru, so saya akan ke Kota Bharu pada 29 Mei. Tahniah untuk semua graduan! Paling utama tentu sekali Cikgu Iznan! Dapat anugerah cemerlang tu! Dulu masa kat UITM, idak la cemerlang mana pun, CGPA saya lagi tinggi, hahahha! Alhamdullilah, Doesnt matter how it start, but how it end, ultimately it shows who you are. I'm very proud of him :-) Congratulation, laling!
Posted by Rentak Interaktif Kota at 9:12 PM 0 ayat POWER BEB!
Monday, May 18, 2009
I met upin ipin!
Salam semua, Saya jumpa Upin and Ipin minggu lepas, semasa rakaman Santai epi 18 seperti biasa di Menara KL... Masa tengah tunggu gambar ni di upload, saya saje2 la singgah blog Bro Gayour ( Saya pernah interbiu bro Gayour, kartunis fofular tu semasa saya buat program Genx, interview yang sangat menyeronokkan occay! ) Terbaca pula, Gayour tulis pasal Upin and Ipin...
From Gayour's blog...
"Tepikir gak, apasal ramai yang hesteria dengan maskot ni. Ia hanya sarung. Dalamnye ada orang yang kepanasan dan rimas tak ingat. Ia tak mampu buat apa-apa kalo tak ada orang memakainya. Orang jadi hilang akal kerana ia umpama impian jadi kenyataan. Fantasi jadi realiti. Bukan saja orang tua yang lebih-lebih hesteria tapi kanak-kanak gak hilang akal. Ia adalah karakter animasi dari alam fantasi yang dijelmakan depan mata." WHOAAAA! Tengok tu Upin dan Ipin! " Tu yang ramai hesteria, tak malu memeluk ( mamat dalam sarung ni syok la kalo awek cun yang peluk ), tesengeh-sengeh dan berebut untuk begambo walau semua tahu ia adalah sarung. Ada orang dalamnye. Orang tu adalah manusia seperti kita yang perlu makan, minum, tido dan kepanasan! Kenapa orang suka? Kerana ini adalah salah satu cara untuk berseronok, sengeh-sengeh dan berhibur cam ‘budak’ ni. Heh!"
Betol, betol, betol!!! As i said, im one of few girl who still trapped in kidult world. upin and Ipin is just a fantasy character. But fantasize has turns us maniac and hysterical... Looks how this character suceed now1 Im impressed to those behind Les Copaque. They young, they creative and they came out successful!
Haaa, nak nengok brader2 yang boley tahan hensem, tapi tersembunyi dalam baju maskot yang bapak berat tuh, inilah dia! Yang depan tu, adik Fathiah, genius behind Upin dan Ipin, dan cikgu kepada adik Fathiah di sekolahnya, Cikgu Faridah.
Anda boleh menyaksikan rakaman program Santai di Menara KL ini episod 18 bersama Upin dan Ipin ini pada 23 Mei ini, jam 11 malam di TV1!
Kudos to Malaysian Quality Product,
Just to flashback,
http://gayour.blogspot.com/2008/01/gen-x.html
Posted by Rentak Interaktif Kota at 9:08 PM 2 ayat POWER BEB!
Saturday, May 16, 2009
Helo!
Salam semua! Apa khabar, lama nya tak jumpa kat sini ekkk? bukan apa, saya sibuk upload (muat turun ) gambar kat dalam FB. Yang belum add saya lagi, silalah add saya ya, heheh! djnazirah@yahoo.com, macam yang ada kat sebelah kanan blog saya nie.
Perkembangan yang terkini, seperti biasa, majlis perkahwinan saya sudah semakin hampir. Berdebar2 tau. Itu perasaan yang normal lah kannnn. Kalu tak berdebar, tu yang tak normal tu, macam tak ikhlas nak kawen jer, hahah! Persiapan terus saya lakukan. Fitting baju resepsi ( ntah kali yang keberapa... haha) saya buat lagi. Asal fitting je, mak andam saya bilang... Dik apesal badan ko naik, dik!!! Then buat muka gelabah, tapi saya tengok badan saya biasa je..... hahahahah! Agaknya ini statement yang biasa di kalangan mak andam kottttt!!!!
Santai di Menara KL pula diam tak diam dah masuk ke episod 18, minggu ini. Wah! Good progress. Despite all the trouble, contervasy, causes and many things came in the way, we managed to get things done. Kudos to everybody in Santai! Dan sebelum bercuti panjang, saya perlu menyiapkan skrip untuk program ini bagi episod 19 dan 20. Jadi, pening dan mereng lah otak saya selepas nie, hahahah!
Saya juga sempat menambah dekorasi untuk bilik saya nie. Saya sukakan dekorasi yang moden dan simple. But as i trapped in a kidult world, as usual i lovesss things yang berwarna - warni nie. So korang tengok ajelah hasilnya! ahhahaha! Lagi satu, bilik ni saya tidak dekorasi secara berlebihan atau over, sebab saya tak gunakan pun bilik nie untuk majlis perkahwinan nanti. Semuanya akan dillakukan di Shah Alam. Termasuklah photoshoot etc. Bilik ni hanya akan beroperasi pada malam2 selepas saya bernikah sahaja! hahahahha! Benda2 yang bergantung tu semua saya beli kat SSF ye. Kalau korang rasa cantik dan nak carik, haaaa, carik lah la kat SSF. Cadar semua saya tak tukar lagi, lagi 2-3 nak kawennnnn lah baru tukar ekkk!
Disamping majlis perkahwinan, kerja yang tak pernah abis, saya turut mengikuti perkembangan semasa ye tuan2 dan puan2. H1N1 arrives in Malaysia, haisssshhhhhhh!!!!!!! Ni yang risau! Yang lain yang jadi perhatian, perkembangan kat Perak (letih dah! ), EXORA yang kalau book, mau 3-4 bulan baru dapat tuh!, kes ragut kejam oleh mat rempit ( ni boleh dipanggilmanusia ke??? ), kawan saya, Charlotte dah jadi preggy mama now!, and sindrom konsert percuma kat Mesia nie! Tu antara yang saya ikuti perkembangan selain daripada gossip berterbangan kat tempat kerja dan lain2, hahahaha!
And saya juga akan ke Pulau Perhentian bermula 13-15 Mei ini ya! Seronotnya. Haven't had vacation in a veryyyyyyyy long time! And Insyaallah to Kundasang, Sabah in July and Insyaallah to Tehran & Dubai, by the end of the year ( Iznan's brother working in Malaysia embassy in Iran, so ni lah chance i nak jumpa pak arab yang gantengggg and sangat my taste, hahahaha!) Dan saya nak book coti raya cepat2, occay!!!!! Ni tahun pertama yang saya rancang nak berhari raya seperti manusia normal, hahah! ND, ko kerja yaaa! Nanti i bawa rendang untuk bekalan abg ND kat konti, hahah! Pendek kata, tahun ni penuh dengan perancangan. Perancangan kena ada beb, tapi yang menentukan adalah Yang Maha Esa. Kita hanya merancang dan berusaha!
Tu je update saya! Thank you for readers yang concern bila saya tak update blog nie! Siap email and msg via FB lagi, kak, bila nak update blog, hahahha!
So finally, saya nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru yang pernah mendidik saya, teristimewa buat my cikgu nun jauh di perantauan, Cikgu Iznan, im proud of you! Selamat Hari Guru, cikgu Iznan, semoga laskar pelangi mampu dilahirkan!
Selamat hari Jururawat, Selamat hari Belia, Selamat Hari Ibu ( dah wish lama dah, tp saje je nak tulis ), dan Selamat Hari Bapa tak lama lagi!
Take care everybody and have a productivity days ahead!
Kudos,
Posted by Rentak Interaktif Kota at 8:56 AM 1 ayat POWER BEB!


