Monday, January 21, 2008

Kesah Benar sa-orang pria... yang kadangkala kesepian

Hari itu, penulis begitu rajin mendambakan diri di pejabat, sa-orang diri di waktu malam yang agak kelam. Tiada sa-orang manusia pun dilihat dimata kasar melalui bahagian luar pejabat KLfm, mungkin kalau dilihat secara halus "ramai"lah makhluk yang berkeliaran...

Dikala penulis sedang sibuk mengemaskini laman blog rasmi, membuat sedikit kertas kerja dan beberapa kerja yang perlu dibereskan secepat mungkin, muncullah makhluk ini, di pintu luar KLfm, nampak gembira adanya. Mungkin baru lepas makan, dibelanja oleh sahabat agaknya...kerana kalau makan, duitnya sendiri yang keluar, tidaklah dia kelihatan sungguh gembira hari itu.



Nah, terus diambilnya akhbar arus perdana, untuk mengetahui perkembangan terkini dalam dan luar negara. Mungkin juga ingin mengetahui perkembangan terkini mengenai kehilangan adik sharlinie. Mungkini juga hendak dilihat manalah tahu gambar dan cerita tentang dirinya termuat di dada akhbar arus perdana hari ini.



Ya, akhbar ini lebih indah kalau dibaca sambil membaringkan diri diatas kerusi empuk di pejabat ini. Alangkah indahnya menghayati akhbar arus perdana, membaca gosip-gosip rakan artis sambil menghirup udara penghawa dingin yang menyentap hingga ke tulang hitam.



Sekonyong-konyong enak membaca dan menghayati isi akhbar, mulut menguap memberi tanda. Tanda-tanda yang mana sebuah lokasi nun dihujung sana memanggil-manggil minta diteman.



Lokasi yang penulis rasakan tiada siapa menyangkal begitu strategik dan begitu indah, walaupun tidak jauh sahaja kedudukannya dari bilik Bos di pejabat penulis. Timbul rasa tidak puas hati di hati penulis. Meja penulis tidaklah se"strategik" lokasi teman seperjuangan penulis ini. Apatah lagi setiap kali adanya jamuan, pelbagai hidangan yang menyebabkan air liur sesiapa jua pasti terleleh, mahu atau tidak, mesti diletakkan di meja penulis. Maka, dengan rasa tidak puas hati, terpaksalah penulis penulis menumpang walau sekejap cuma meja teman penulis yang kini telah bertukar ke jabatan yang lain.




Mulalah dia mengatur langkah ke lokasi yang dimaksudkan. Ya, kedudukan memang menampakkan ciri-ciri keselamatan, yang mana, kalau Bos penulis mengarahkan untuk menghadiri sesi perjumpaan, bolehlah rakan penulis ini, menyorok dengan jayanya di bawah mejanya.

Mengikut turutan dengan baik, diambilnya bantal empuk berbelang-belang (wakaf pejabat) yang entah berapa tahun tidak dicuci. Namun ia bukanlah masalah yang besar untuk rakan penulis ini. Semakin lama bantal itu tidak dicuci, semakin empuk dan enak adanya.



Bantal sahaja tidak mencukupi. Harus ditambah gebar dan selimut tebal ala-ala chalet 3 bintang yang pernah penulis kunjungi di Pulau Perhentian suatu waktu dahulu.



Nah, enak bukan. Satu turutan yang lengkap. Enak dan tidak berlebihan. Tidak juga ala kadar, namun cukup untuk membuatkan rakan penulis berdengkur ala-ala lagu Bandi Amuk yang berjudul "Ingat-Ingat"



Kelihatan CD Letto di sana. Penulis pasti itu adalah pemberian PR syarikat rakaman yang tersangatlah mesra alam. Mail yang kacak adanya.

Hemm, seterusnya, apa sangat lah bantal dan selimut ini tanpa ada penghuni nya yang sa-orang ini. Hanya dia sahaja yang merasai kenekmatan lokasi ini. Rasanya tidak sanggup rakan-rakan penulis yang lain hendaknya mengejutkannya dari tidur yang lena.





Maka, tanpa mengira hujan dan panas, berlabuh lah rakan penulis ini dalam ketiduran yang amat asyik dan melenakan. Manakan tidak, sudah berapa banyak perjumpaan tidak dihadirinya gara-gara berdengkur di lokasi ini. Entah apa yang dimimpinya, penulis juga kurang pasti,namun ia pasti yang "enak-enak" bukan...

Kehadiran rakan penulis ini di bawah meja nya setiap hari, membuatkan pejabat KLfm ini biasanya terselamat dari gangguan anasir-anasir yang tidak diingini. Kelibatnya juga kadangkala mengalahkan pengawal keselamatan yang bertugas di bangunan pejabat penulis ini. Cuma, kalau agak-agak rakan-rakan penulis ada yang kehilangan makanan ringan seperti mee segera, bancuhan milo dan kopi atau sebagainya, harap mengerti dan maafkan lah rakan penulis ini.

Ape, korang ingat tidur kat sini, perut tak berbunyi ke????

Sekian coretan penulis untuk hari ini. Semoga anda semua lena dibuai mimpi "indah"


Yang memang betul,

DJNazie...

0 ayat POWER BEB!: