PENYAMPAI radio yang popular dengan panggilan, Riqbal atau nama sebenarnya, Ahmad Alwani Amir Hamzah, 40, meninggal dunia akibat angin ahmar di Hospital Putrajaya, jam 2.15 pagi kelmarin.
Selepas terlantar di hospital berkenaan sejak 28 April lalu, arwah yang pernah berkhidmat di radio Universiti Teknologi Mara (UiTM), Best 104 di Johor Bahru, Ikim FM, Nasional FM dan Traxx FM berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kritikal.
Isterinya, Tina Mohd Tahir, 35, ketika ditemui berkata arwah menghidap kencing manis sejak enam tahun lalu tetapi semakin kritikal sejak tiga bulan lalu dan kerap berulang-alik ke hospital.
Menurutnya, sepanjang hayat arwah, dia seorang yang bersikap sederhana dan cukup meminati bidang pengacaraan serta penyampai radio walaupun mempunyai kelulusan dalam bidang pengurusan perhotelan.
“Arwah memang seorang yang bersikap rendah diri dan meminati tugas penyampaian radio serta pengacara majlis sejak zaman remaja lagi,” katanya.
Harian Metro, 13 Mei 2008
Seorang rakan, seorang abang, seorang teman yang sukar saya cari ganti. Mengenali beliau sejak awal saya menyertai RTM pada awal 2004, beliau telah ditugaskan oleh pihak pengurusan Radio1 ketika itu untuk memberi latihan dan tunjuk ajar kepada saya dan seorang lagi rakan, Hanihafiza.Saya agak terperanjat juga pada awal perkenalan dgn beliau ketika itu. Ketika saya menuntut di UITM dulu, seorang rakan sering bercerita tentang "Riqbal". Saya tidak mengenalinya kerana beliau telah pun bertugas di RTM ketika itu.
Ironinya, saya bertemu beliau ketika saya mula bertugas di RTM, dan persahabatan kami bukan seperti sesetengah dprd kita yang sukar menerima kemajuan orang lain. Beliau tidak kedekut ilmu, sanggup melayan karenah saya, menemani saya dan hani ketika itu untuk bertugas pd awal pagi ( 3pagi ).
Nilai persahabatan adalah nilai yang terlalu tinggi harganya selepas nilai kekeluargaan. Mengenali abg riqbal, saya juga turut mengenali isterinya yang sangat sangat fasih berbahasa Inggeris, Kak Tina. Hehe. Abg Riqbal pernah berkata kepada saya yang muka saya ni ada iras2 isteri beliau, Kak Tina. Saya gelak saya dan saya jawab... "Tapi saya jauh lebih muda dari isterinya".
Dalam hidup ini, pengalaman banyak mematangkan saya. Ia berbeza dengan belajar dr sekolah dan universiti. Experience in life teach us in a suck way. Pernah pada satu2 waktu, saya berasa sugguh depress kerana didatangi dengan pelbagai masalah, Abg Riqbal dan Kak Tina hadir tanpa diundang untuk memberi kata2 semangat kepada saya. Kadang2 saya rasa cemburu dengan mereka kerana aura positif yang sentiasa melingkari hidup mereka, sedangkan saya tidak begitu.
Abg Riqbal yang saya kenali juga seorang yang sangat sangat menyayangi isterinya. Aduh betapa romantik sungguh perhubungan suami isteri mereka. He's being true to himself by showing his love to the only devoted wife. Saya pernah mengikut A.Riqbal dan K.Tina ke JB sekitar tahun 2005, kerana beliau ada tugasan disana. Kebetulan, hari itu adalah hari ulangtahun perkahwinan mereka. Didalam kereta, Abg Riqbal mencium tangan isteri tercinta dan menyatakan "Happy Anniversary, Yang". Kak Tina membalas dengan senuyuman comel dan terpancar sinar kasih sayang diantara mereka. Saya pula yang duduk di seat belakang, tergamam dan terdiam seketika melihat dan menyaksikan kasih sayang pasangan suami isteri ini. Saya jadi agak blur masa tu.
A.Riqbal juga antara sekerat dua manusia yang percaya pada bakat dan idea yang ada dalam diri saya. Ketika orang lain, tak habis2 memberi kata2 sindiran kepad saya, membuat saya rasa panas hati dan kecil hati, dia datang memberi kata2 sokongan. Betapa BAKAT dan ILMU perlu seiring untuk bekerja dalam bidang ini. Saya selalu cakap pada dia... "Saya ni gemok bang, mana ada orang nak offer masuk TV jadi pengacara. Diorang tu nak perempuan yang cantik2 je, tp next to zero knowledge yang ramai beratur dengan pelbagai aksi kat TV tu," Itulah kurang lebih kata2 saya ketika berborak dengannya. Bila saya bilang begitu, dia hanya cakap "There's no excuses for you to move on and give it a try, no harm for that"... Yang sebenarnya, untuk kita memberi keyakinan kepada orang lain bahawa kita ada secebis bakat dan idea yang perlu diketengah dan dikongsi, KITA sendiri perlu percaya kepada bakat dan lontaran idea itu. Kalau kita sendiri pun kurang yakin, macammana pula orang lain mahu meletak keyakinan kepada kita...
Persahabatan kami agak jauh selepas A.Riqbal bertukar ke TraxxFM, dan saya ke KLfm, sementara beberapa rakan lain juga turut bertukar ke unit yang lain selepas Klasik FM dan Nasional FM digabungkan pada Ogos 2006.
Sepanjang beliau terlantar di hospital, saya sempat melawat beliau beberapa kali. Semasa melawat kali pertama bersama seorang rakan, Kung. Hari itu, beliau selalu menyatakan yang beliau mahu cepat2 pulang ke rumah. Ada gelak dan ada tawa. Ada juga tangisan sayu drpd beliau bila melihat kawan2 datang. Bila saya balik, A.Riqbal sms "Thank You 4 coming. U guys cheers me up". Kali kedua saya datang bersama2 rakan2 lain. Hj Dollah, K.Yati, K.Liza, Diana dan Ida. Bila kami sampai, A.Riqbal terus memeluk Hj Dollah, dan menangis. Terfikir juga saya, walaupun dia nie nampak tegas, yang sebenarnya dia seorang yang sungguh sensitif. Kali ketiga saya datang melawat bersama Kung dan Sharul, A.Riqbal telah terlantar di CCU, coma dan bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan. Kali keempat saya melawat A.Riqbal, di rumah ibu bapanya, kerana beliau sudah tiada lagi.
Al Fatihah Abg Riqbal...
To Kak Tina, whenever u passing by this blog, i dedicate this post to you. I'm proud to get to know you and your husband. Ur words to me keeping my faith grow more stronger to Allah, the Lord. Whenever u need a friend, please do not hesitate to call or text me.
NAZIRAH FADHLINA ANUAR
Sunday, May 18, 2008
Rest in Peace, Abg Riqbal
Posted by Rentak Interaktif Kota at 3:20 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ayat POWER BEB!:
Post a Comment