Saturday, June 28, 2008

Sila baca dan faham betul-betul

Hari ini, jadual Nz agak padat. Bermula 8:30pagi, ada program WalkHunt 2008 di Berjaya Times Square ( cerita selanjutnya di entri selanjutnya). Malam pula on-air untuk result Carta KLfm. Tapi takpe, saya ske..... Saya suke bzy... Muahahaha!

Back to square one, apa yang Nz nak kongsikan hari ini mengenai satu artikel yang sangat menarik, tertarik, kau memang da bomb!

FYI, HE'S THE MAN, HE'S ONE OF MY IDOL ( IN THE SENSE OF HIS NON- STOP JOURNEY IN THE WORLD ENTERTAINMENT INDUSTRY AND ON TOP OF THAT IS HIS REMARKABLE TALENT )

J.A.C.K B.L.A.C.K

Gemuk, selekeh tetapi berbakat besar

MEMILIKI wajah kacak umpama Tom Cruise mahupun Brad Pitt adalah bonus untuk segera mencipta nama di dalam persada hiburan Hollywood. Jack Black pula sebaliknya tidak memilik wajah kacak mahupun tubuh yang sasa.

Tubuhnya dalam kategori besar. Penampilannya pula selekeh dengan rambut kusut masai dan jambang yang memenuhi wajah bulatnya. Tidak seperti selebriti lain yang bergaya sakan dengan segala macam barang berjenama dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Sebaliknya, Black lebih selesa dengan t-shirt yang tertera lukisan panda, berseluar jeans dan menyarung sepasang kasut sukan ketika sidang media Kung Fu Panda yang diadakan di Beverly Hills, baru-baru ini. Biarpun tidak mempunyai pakej yang lengkap, pelakon yang memiliki dua cahaya mata itu membuktikan dia mampu mencipta nama hanya dengan berbekalkan bakat jenaka yang semula jadi.

Pihak media hanya diberi kesempatan menemubual setiap pelakon selama 25 minit. Sepanjang waktu yang cukup singkat itu, pelakon berusia 39 tahun itu masih lagi sempat berjenaka. Sebagaimana wataknya sebagai Po yang kelakar dan selamba, begitu juga sikapnya sepanjang ditemubual membuatkan sesi sidang media terasa berlalu dengan pantas.

Saya bukan seorang pejuang, saya hanyalah seorang penghibur. Saya tidak pandai berlawan dan hanya pernah bergaduh sekali ketika berusia 12 tahun. Saya pun tidak tahu kenapa budak itu tiba-tiba mengajak saya bergaduh. Tanpa banyak tanya saya menyahut cabaran dia, itulah sekali saya bertumbuk tetapi menarik juga pengalaman itu,” seloroh Black.

(taken from Berita Harian June 28 2008, written by Serimah Mohd Sallehuddin)

The morale is:

It is the right time for us to change the skeptical that we've created before. People who live in today's world are so judgmental and very demanding in everything they watch, listen or even heard. Thus, due to meet highly demand, we (who work in the entertainment world) should give and portray the most talent we have, in order to be judge wisely and acceptable by the public in a POSITIVE way. This is the best way to teach public how to judge and to see entertainment world with knowledge and full of respect.

This is my point of view. What's yours? Do not hesitate to share ;-)

(Edisi Dalam Bahasa Melayu)

Sekarang adalah masa yang paling tepat untuk mengubah pemikiran skeptism di kalangan penonton dan pendengar. Hari ini, dunia dipenuhi dengan manusia yang sangat lantang membuat interpretasi dan mempunyai keinginan yang sangat tinggi dalam apa ja yang mereka lihat dan dengar. Oleh yang demikian, ia menjadi tanggungjawab besar kepada kita atau sesiapa sahaja ( yang bekerja berasaskan bakat dan seni ), untuk mengeluarkan dan menunjukkan sehabis baik apa jua bakat yang ada dalam diri. Ini adalah cara yang terbaik untuk mendidik masyarakat agar melihat bakat yang ada pada hari ini dengan lebih terbuka dan berilmu. Barulah interpretasi bakat itu datang dalam cara yang positif, bukan sebaliknya.

Inilah pandangan saya. Bagaimana pula dengan pandangan anda?

Jangan malu, nanti kena duduk kat penjara pudu, jadi kongsikan bersama saya ;-)


=NZ=

0 ayat POWER BEB!: