Monday, October 27, 2008

Cekodok!

(gambar hiasan aje, tp confirm buat uols terliur...)

Di pagi Deepavali nie, ini pulakkk yang saya terbayang2... aduh! masalah tul! Ini resepi cekodok, versi sorang kawan saya tuh...

Bahan-bahan:-

Tepung gandum (gred baik punyaaa!)
Tepung Jagung ( sila check dulu, kan ada plak melamin yeee)
Bawang Besar dipotong dedadu
Ikan bilis (sesuka hati nak letak ikut saiz ape pun, naik ikut saiz badan pun boley)
Ubi kentang dipotong dadu ( kalau nak lebih kreatif, buat bentuk ovul ke, triangle ke, sukati nkorang okay)
Garam secukup rasa

Caranya:-

  • Masukkan bawang besar dan ikan bilis dalam lesung batu, lagi dalam lesung tu, lagi sedap cekodok nkorang. Tumbuk2 manje bawang dan ikan bilis tu. Untuk lagi sedap, tumbuk lah ia dengan senyuman dan kasih sayang.
  • Masukkan tepung gandum dan tepung jagung kedalam bekas, tambahkan air panas untuk menggaulkannya.
  • Gaulkan keseluruhan bahan yang lain.
  • Apelah susah! godak2 aje semua bahan diatas tu, campur jer okeh, budak tadika pun kalu buat cekodok sebelah mata jerrrr! ahaks!
  • Gunakan sudu kecil dan goreng kedalam kuali. Kalau yang makan cekodok ni sesaiz comel mcm saya nie, gunakan sudu besar, lagi afdal yer...


Hidangkan dengan senyuman! Pasti habis hingga menjilat tapak tangan!

Sekian resepi saya untuk ari ini~

0 ayat POWER BEB!: