Monday, December 22, 2008

1st post after Nazie & Iznan Engagement


Salam everybody.

Selepas dua hari majlis pertunangan selesai, hari ini saya berpeluang mengadap lappy nie dan menulis di blog nie. Lama betul blog nie bersawang ek... ;-)

Jadi saya ingin memperkenalkan secara rasminya tunang saya, Ahmad Iznan bin Yusoff. Kami telah selamat ditunangkan dalam satu majlis yang ringkas di rumah keluarga saya di Ampang, pada hari Sabtu yang lepas. Mawi tengah sibuk nak lafaz akad nikah, saya kat sini tengah berdebar-debar untuk disarungkan cincin.

Nak cite sikit secara ringkas. Tunang saya adalah seorang che'gu. Ejaan barunya 'cikgu', mengikut jejak langkah kedua ibu bapanya yang bertugas dalam bidang pendidikan. Bapanya bekas pengetua Maktab Perguruan Sultan Idris, manakala ibunya bekas guru yang Bahasa Inggeris. Bapa saya pesara pegawai bank ( Bank Bumiputera ), manakala ibu saya pula pesara KTM Berhad. Che'gu Iznan anak bongsu daripada 4 adik beradik, saya pula anak sulung dari 3 adik beradik. Insyallah, mengikut perancangan yang telah ditetapkan, pernikahan dan majlis resepsi ( sebut betul2 RESEPSI ) akan diadakan pada bulan Jun 2009. Jadi memang banyak persediaan dan perbelanjaan yang harus dilakukan mulai SAAT ini ye, Cik Nazie!

Che'gu Iznan akan memulakan tugasnya sebagai pendidik bermula 2 Januari nanti di Sabah. Sekarang ini dia sedang sibuk membuat persiapan rapi baik dari segi dokumentasi, mental, fizikal, kewangan dan sebagainya. Dalam masa yang sama, sibuk juga menguruskan sedikit demi sedikit hal perkahwinan kami yang akan datang nanti.

Banyak sebenarnya saya nak ceritakan, tapi gambar pertunangan masih lagi dalam proses editing dsb, jadi kita man-man dulu okay! Ada gambar nanti, nak cerita barulah syiokkk!

Gambaq kat atas tu, adalah gambar kami di majlis konvokesyen semasa menuntut di UITM Shah Alam. Tahun 2003. Tapi sekarang kami lagi chomel dan gantengggg daripada kami dalam gambar tu, hahahah! Insyaallah, tahun hadapan, selain daripada majlis pernikahan & perkahwinan, kami juga dalam perancangan untuk menyambung pelajaran kami ke peringkat Sarjana.

Untuk semua saudara-mara dan rakan2 UITM dan kawan2 sekerja saya dari KLFM yang hadir, saya dan Che'gu Iznan ucapkan berbanyak terima kasih. Kehadiran anda semua telah menceriakan majlis kami yang serba ringkas ini. Kepada yang tidak dapat hadir, kami amat memahami situasi anda semua.

Doakan persiapan majlis kami yang seterusnya berjalan dengan lancar.

Terima kasih semua ;-)



Birthday saya 29/12 nanti! Jangan lupa wish tau!!! Huhuhu!



-Nazie & Iznan-

5 ayat POWER BEB!:

Anonymous said...

Man man momantai

kakzie said...

ler,slim nazi time ni..tp skrg maintain tomey gak..tahniah la atas pertunangan,jgn lupa jemput bila mkn nasi minyak nanti hehe

faizalmukhtar said...

syabassshh!

Rentak Interaktif Kota said...

Kak zie:

hahah! badan saya boleh berubah2 bentuk dalam sekelip mata shj! huuh! nanti kawin saya jemput ye...

Faizal:
Tengkiu abang long, wpun kau tak datang, aku KACIWA!

Angah:
Adakah ko angah adik ku @ siapa ya?

Anonymous said...

lol,so nice