Nak ilangkan tension, try baca nie :-D
Sukan Yang Telah Pupus di Dunia
1. REJAM LEMBU
Berlainan dengan sukan merejam lembing sekarang ini, merejam lembu lebih famous pada masa dahulu kerana banyak kenduri-kenduri kahwin memerlukan lembu untuk dibuat gulai. Peserta akan menarik tali di lubang hidung lembu dan membuat balik kuang untuk membaling lembu tersebut ke rumah yang melangsungkan kenduri. Secara otomatik lembu itu akan terhempas dan hancur kemudian terus dibuat gulai. Kepupusan sukan ini adalah kerana kehadiran Islam dan lembu itu hendaklah disembelih.
2. BOLA TEMPELENG
Sukan ini amat berlainan dengan Bola Tampar kerana permainan ini memerlukan pemain menempeleng muka pengadil sambil menyanyikan lagu negaraku. Sukan ini pupus kerana sesiapa yang jadi pengadil pada perlawanan ini akan mengalami sakit untut berpanjangan akibat dari tempelengan para pemain.
3. RENANG BERIRAMA DANGDUT RAGGAE-
Tidak jauh bezanya dengan renang berirama yang dipertandingkan pada masa kini namun irama dangdut raggae yang dipermainkan pada masa kejohanan ini membuatkan banyak peserta mengalami sakit-sakit sendi. Peserta perlu menyelam ke dasar kolam dengan gaya kepala ke bawah air dan punggung timbul di atas air kemudian menggoyang-goyangkan punggung persis penari dangdut. Peserta yang 'vibrating'nya paling lama dianggap pemenang. Kepupusan sukan ini adalah kerana kesemua pesertanya adalah LELAKI...wueekkk...nak muntah.
4. BOLA TERAJANG-
Memang tidak dinafikan sukan bolaterajang adalah sepopular bolasepak pada masakini. Sukan ini memerlukan padang sebesar KLIA dan pesertanya pula seramai 2000 orang. Terdapat 80 tiang gol serta penjaga golnya sekali. Apabila bola dibaling masuk oleh pengadil, kesemua peserta hendaklah terajang apa sahaja didepan mereka tetapi tidak boleh langsung menerajang bola tersebut. Sesiapa yang kakinya terterajang bola tersebut maka mereka akan diberikan kad merah. Ini akan membuatkan peserta mengamuk dan menerajang diri mereka sendiri dan sanak saudara mereka. Kepupusan sukan ini adalah disebabkan diharamkan oleh FIFA kerana presiden FIFA pada masa itu pernah kene terajang oleh tukang kebunnya kerana beliau tidak membeli rokok yang dipesan.
5. BOLA TELANJANG
Jangan salah faham! Bola telanjang sangat berbeza dengan bola keranjang yang dipertandingkan pada hari ini. Walau namanya sedikit lucah namun sebenarnya yang telajang hanyalah bola tersebut bukan pesertanya. Sukan ini dipertandingkan dengan cara peserta hendaklah mengupas bola tersebut seperti mengupas buah limau. Bola hendaklah dikupas sehingga telanjang. Namun selepas dikupas bola tersebut akan pecah dan kehilangan angin. Ini menyebabkan peserta hilang akal dan batuk-batuk akibat keresahan pada diri mereka. Kepupusan sukan ini adalah disebabkan...disebabkan...hmmm...
Pakaian Yang Telah Pupus di Dunia
6. KAIN TUNGKEK
Kain ni amat berlainan dengan kain songket kerana corak pada kain ini terlalu menjurus kepada simbol-simbol kesampahan dan kejijikan. Corak yang selalu disulamkan oleh perekacipta kain ini adalah seperti corak ulat-ulatan sampah-sarap, bangkai ayam, kotoran hidung, cecair yang keluar dari mulut kambing dan simbol-simbol setan. Disebabkan corak-corak tersebutlah kain ini akan mengeluarkan bau-bauan yang sangat bangsat baunya. Bau tersebut dikenali sebagai bau tungkek. Bertepatan dengan namanya kain tungkek, kain ini pupus disebabkan oleh jangkitan tungkek yang melanda pada pemakainya. Yang pasti bau sampah-sarap yang melanda adalah sabab-musabab ketungketan kain ini.
7. BAJU KEKERUSI
Seperti Baju Kemeja yang menjadi gaya hidup ofis pada masa kini, baju kekerusi pula adalah uniform rasmi atlit angkat berat Papua New Guinea. Baju ini direka khas untuk melatih bahu peserta angkat berat supaya tangan mereka lebih berstamina. Baju ini akan disulamkan dengan kaki kerusi di bahagian tangannya, tempat sandar di bahagian bahunya dan tempat duduk dibahagian perut. Namun fesyen ini membawa masalah kerana setiap kali dimana mereka berada, orang ramai pasti menyangka mereka adalah kerusi otomatik yang berjalan-jalan. Orang ramai akan megejar meraka untuk dibuat alas punggung ketika orang ramai berehat di taman. Kepupusan baju ini adalah disebabkan ramai atlit angkat berat tersebut mati kerana diduduki oleh para juri angkat berat.
8. BAJU T-SHIT
Baju T-Shit adalah modus operandi kepada baju t-shirt yang ada pada hari ini. Baju t-shit selalunya digunakan pada majlis keramaian seperti majlis kahwin-kahwin, majlis penyampaian hadiah dan majlis daerah ulu klang. Pemakai baju ini akan merasakan diri mereka tersangat riak tahap mentibang kerana bau-bauan yang hadir dari baju tersebut. Ini kerana semasa pemakai melalui di celah-celah orang ramai, orang ramai akan memberi laluan kepadanya dan menunduk sambil menutup hidung. Pada sangkaan si pemakai bahawasanya orang ramai sangat hormat padanya kerana pakaiannya. Padahal orang ramai menahan daripada nak muntah kerana bau taik yang amat dasyat tahap maharaja. Kepupusan baju ini adalah kerana sabun telah tercipta untuk mencuci pakaian jiran-jiran.
9. SPENDER JEANS
Kalau seluar jeans sudah ketat ya amat, apatah pula dengan spender jeans. Spender ini amat ketat-seketatnya sehingga tiada ruang untuk angin masuk. Spender ini tidak sesuai untuk lelaki dan perempuan tetapi ia hanya direkacipta dan sangat sesuai untuk superman sahaja. Tujuan superman memakai spender ini adalah kerana ia boleh menekan perut dan menekan di celah kangkang. Oleh itu semasa superman terbang, takdela nampak sangat 'adiknya' . Spender jeans ini sangat mahal harganya. Sebab itulah superman pakai spender kat luar sebab nak tunjuk spender dia tu mahal. Namun sudah ada superhero yang mampu memakai spender seperti superman tersebut iaitu spederman. Kepupusan spender ini adalah disebabkan...mana ada superman kat dunia ni, karut suma tu.
Kuih yang Telah Pupus di Dunia
10. KUIH BAU LU
Kuih ini sering dihidangkan pada hari raya seperti kuih bahulu. Namun kuih ini sangat berbeza rupa bentuknya kerana ia seiras dengan bentuk ketiak dubuk. Rasanya yang masam masin membuatkan anda puith mata. Kalau rasanya dah tahap cilabi, baunya pula adalah tahap chilavert(penjaga gol colombia) yang mana baunya akan membuatkan lubang hidung anda sebesar ekzos gen2. Kuih ini akan meninggalkan kesan bau pada mulut si pemakan kalah bau kain tungkek(kain yang sudah pupus di dunia) dan orang yang membaunya akan berkata " ini mesti bau lu, gua ada bau punya, bau lu ni.". Kepupusan kuih ini adalah disebabkan PBB telah mengharamkan pengeksportan serbuk kayu geting ke serata dunia yang menjadi salah satu bahan kuih ini.
11. MUBARAK
Sebelum murtabak dikomersialkan, mubarak lebih dahulu dikomersialkan oleh pedagang-pedagang Portugal yang diketuai oleh Kuiz Pigo dan Pauleka. Kuih ini ditebar dihadapan orang melayu Melaka yang terpegun dengan aksi Pigo menebar kulit mubarak. Selepas dia menebar tepung seperti roti canai itu, dia pun meletakkan inti yang terdiri dari ikan yang dah 10 hari mati, janggut sotong, tapak sleman, lumut laut dan sedikit muntah hijau. Selepas itu dia pun menggoreng di atas rim tayar yang panas dan selepas siap di goreng pigo dan pauleka memakan sendiri masakan mereka itu. Lalu orang Melaka yang melihat aksi itu muntah kuning dan masuk ICU akibat kejijikan pedagang portugis. Lalu akibat malu Pigo ngan Pauleka pulang ke portugal tanpa tiada siapa pun dari Melaka menjamah kuih itu. Kepupusan kuih ini adalah disebabkan kekalahan Portugal dalam sukan bolaterajang(sukan yang sudah pupus di dunia 2) kerana Pigo menghidangkan kuih mubarak kepada pemain sekaligus menyebabkan kesemua pemain terkena kencing manis tahap 9.
Sekian, terima kasih.
Harap2 dapat mengurangkan darjah ketensenan anda, duhhhh!
-nZ-
Monday, February 16, 2009
Sukan & Pakaian dan Kuih Yang telah Pupus Di Dunia
Posted by Rentak Interaktif Kota at 10:17 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ayat POWER BEB!:
Post a Comment