Wednesday, March 25, 2009

Who wants to be a HERO??

Bukan pasaraya Hero, yang korang beli beras tuh, tapi hero laaa... Penyelamat, orang yang sanngup berkorban untuk kepentingan orang lain dan macam2 lagi lah yang ditakrifkan sebagai hero ni...

Semua orang nak jadi hero, yang perempuan nak jadi heroin. Kalau tengok filem Cicakman2:Planet Hitam, Cicakpun lakonan Apek tu pun mengeluh tentang nasib seorang hero atau superhero... Berkorban demi kepentingan orang lain, tapi tak kaya kaya pun.. tapi itew Cicakman, tapi kat Mesia nie, kalau kena gaya dan caranya, jadi hero boleh jadi kaya la...


Apa yang best nye jadi hero ni, sampai semua orang berebut2 nak jadi hero? Owh mungkin sebab kalau jadi hero, akan dapat perhatian yang berbelah bagi. Hero ni macam pejuang lah, memperjuangkan nasib rakyat jelata, walaupun kekadang tu, yang jadi hero tu, bukan sebab dorang nak jadi, tapi keadaan yang menyebabkan dorang diangkat jadi hero....

Jadi hero ni pasti membuatkan sesorang tu bangga kan. Mana tak bangganya, semua orang akan melihat hero ni sebagai Life Saver... Kalu takda hero ni, maka pincanglah dunia.. Hurmmm.. Ye ke???? Tapi korang gak yang angkat dia jadi hero, now korang gak yang kutuk die, amboiii , mentang2 lah, dia tersalah cakap dalam Late Nite Show tu, abes jadi isu propaganda ekkk, dunia dunia.




Hero kalau kat Mesia nie, mesti kena HENSEM. Heroin lak kena ganteng, menggiurkan. Pernah korang nengok Afdlin Shauki jadi hero? Dia kalau nak jadi hero, memang boleh, tapi kena dalam filim yang dia produce lah ;-) Begitu lah betapa rigid, dan skeptikalnya orang kita. Isu ini kalau nak ubah, makan tahun. Benda yang dah melekat dalam budaya dan mind set, ingat senang nak tukar, kena tulah la korang kalau tukar, huhu... Tak betul ke? Kalu tak betul, sila betulkan... tapi correct with Manner, budaya gak kan...





Saya pun tingin nak jadi heroin, tapi pasaran Mesia yang terlalu one track mind ni membuatkan orang2 seperti saya nie, kalau nak bikin sesuatu,biasanya kena bikin guna duit sendiri cthnya, macam produce filem @ drama @ program sendiri atau kena kipas mana2 worang kaya atau mereka yang ada nama besar untuk dapat job, adus, tak betul gak ke.... heheheh. Eh jangan ingat saya tengah tak puas hati pulak sekarang.... saya hanya menulis mengikut konteks topik atau title entry kat atas tu ye, tuan2 dan puan2....



Saya penah dikatakan oleh seseorang " Nazie, ko kalu nak masuk TV perkara pertama ko kena buat ialah kurus"??? Betul ke?? Laaa, kesian lah sapa yang cakap tu, sekarang bukan standard TV Plasma ke? TV yang saiznya besar gabak, panjang melebar, nipis jeeer.... Sedangkan Syanie pun muat masuk TV, takkan la saya tak muat kot... Saborrr je lah i taw!


Sebenarnya, nak jadi hero/heroin ni kena yakin. Kena yakin dengan diri sendiri, kena tahu apa sebenarnya yang kita nak buat... Kalau tak yakin atau kurang yakin, kita bagi lah peluang kat diri kita untuk kumpul keyakinan tu... Dah dalam hidup kita pun, pasti ada hero yang akan bagi semangat kat diri kita bila kita memerlukannya. Betul tak????? S




Ini pandangan saya secara peribadi, Terima kasih tak terhingga yang menyokong saya dan bakat yang saya cuba persembahkan kepada anda semua, dan saya juga sedar dan amat faham Tak semua setuju atau menyokong thats for sure. Live in democracy yawl!

God Bless

Wassalam

-nZ-

0 ayat POWER BEB!: