Thursday, April 16, 2009

Perkongsian bersama Ustaz Fauzi Mustaffa

Saya mengenali Ustaz Fauzi apabila saya ditugaskan dalam slot Suria Pagi KL yang keudara setiap pagi jam 6 hingga 10 pagi. Setiap Isnin hingga Jumaat, ada satu rancangan khaz berbentuk agama dan motivasi iaitu rancangan Az-Zikraa, yang telah mengumpul ramai pendengar KLFM. Sudah pasti kerana celoteh kedua2 panel yang keudara setiap pagi pada jam 6.45 pagi ini. Ustaz Wan Shohor Bani Leman lebih banyak berkongsi tentang Sirah Nabi dan Sejarah Islam. Saya lebih banyak keudara bersama beliau. Ustaz Fauzi pula lebih banyak berkongsi tentang amalan kehidupan seharian kita sebagai seorang Muslim. Saya jarang2 keudara bersamanya.

Pagi ini, saya rasa betul2 terkesan dengan perkongsian oleh Ustaz Fauzi. Ketika menulis entri ini pun, fikiran saya jauh melayang teringatkan arwah maklong saya yang baru meninggal dunia pada hari Selasa yang lepas kerana penyakit kanser. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang berimana. Arwah Maklong adalah seorang isteri yang banyak berkorban untuk suaminya....

PERKONGSIAN DALAM AZ-ZIKRAA - KHAMIS 16 APRIL 2009 OLEH USTAZ FAUZI MUSTAFA

7 GOLONGAN YANG MENDAPAT PERLINDUNGAN PAYUNG ALLAH S.W.T DI PADANG MAHSYAR PADA HARI AKHIRAT KELAK

1. Pemimpin ang memimpin dengan ADIL
2. Anak muda yang membesar dalam keadaan sentiasa beribadah kepada Allah swt.
3. Manusia yang terikat hatinya dengan rumah Allah (masjid)
4. Dua manusia yang berkasih sayang kerana Allah swt.
5. Lelaki yang digoda oleh wanita yang ada darjat, kecantikan dan kemewahan, akan tetapi mampu menepis godaan itu
6. Manusia yang bersedekah yang mana sedekahnya pun disorokkan, tanpa diketahui oleh sesiapa pun.
7. Manusia yang berzikir ketika duduk keseorangan sehingga mengalir airmatanya.



Semoga perkongsian ini membuka fikiran, hati dan minda kita semua.


God bless,



p/s: Akan lebih selalu mengemaskini blog dengan bahasa Melayu yang lebih tersusun + bahasa Inggeris yang mudah difahami, Insyaallah... kerana modem dan laptop dengan berfungsi pada tahap maksimum :-)))))

1 ayat POWER BEB!:

Anonymous said...

SALAM...
BOLEH TAK,BERIKAN PROFIL USTAZ FAUZI MUSTAFA DAN USTAZ WAN SHOHOR BANI LEMAN???
SYA PERLUKAN BIODATA KEDUA-DUA USTAZ INI UNTUK FORUM PERDANA DI UNIVERSITI SYA..
HARAP DAPAT MEMBANTU.