Thursday, February 7, 2008

Suku tahun pertama 2008 penuh dengan...macam-macam



Hye sobat,

Semoga semuanya sejahtera.

Pernah terfikir tak, kenapa anda menulis blog? Antara jawapan yang cliche ialah kerana nak berkongsi buah fikiran, pandangan, komplen, gossip, gambar2 yang cantik sahaja.

Masa mula2 saya buat keputusan untuk aktif di blog rasmi ini, saya pun tertanya-tanya apa pengisian blog ini? Kalau saya terlalu jujur meluahkan perasaan atau pandangan, nanti kedengaran terlalu rebel atau obvious. Menjadi isu nasional pula nanti. Justeru, saya fikir, ahh lebih baik cerita tentang kegembiraan sahaja dan aktiviti saya sepanjang bertugas sebagai penyampai radio.

Namun apabila jiwa saya kacau dan otak saya mula berpikir dan menerawang entah sampai ke mana, saya mula berimaginasi, dengan usia saya yang semakin meningkat dewasa, dengan pengalaman yang dari sehari ke sehari terus dicari dan dikorek, takkan lah hanya ini sahaja perkongsian saya dengan sesiapa jua yang membaca blog ini. Yang mana sebahagian pembaca adalah anonymous.

Jadi perkongsian selepas ini jua akan sealiran dengan meningkatnya usia saya setiap detik.

Kadang2 jiwa saya juga turut kacau. Dengan usia sekarang, saya harus melayani karenah2 manusia yang sengal kategorinya. Namun, untuk tidak melayan tidak boleh juga, kerana industri hiburan kita pun penuh dengan manusia seperti ini. Namun kadang2 sikap sengal sebegini membuatkan manusia "ceria" seperti saya pun jatuh terkedu dan masam ibarat cuka yang expired tarikhnya. Saya bukanlah manusia yang mudah berkongsi perasaan (perasaan marah @ sedih @ perasaan selain daripada gembira dan ceria, hanya saya kongsi bersama manusia tertentu sahaja di muka bumi ini) Justeru tidak hairanlah hanya kegembiraan, lawak bodoh dan lawak pandai dan keceriaan sahaja yang terpancar pada pemilik wajah dan tubuh yang gemuk ini.

Namun menyembunyikan respon tidak bermakna saya tidak kisah, membelakangkan rasa sedih atau tekanan sendiri tidak bermakna saya tiada perasaan. Tapi sebagai manusia biasa, kita memang dididik untuk faham pada "first impression" kerana ia menggambarkan personaliti seseorang. Tapi, tepat kah semua "first impression" tu? Tapi kalau tak betul, berapa lama pulak masa untuk kita memahami seseorang, walaupun hakikatnya tidak semua yang memahami dan rapat dengan kita?

Timbullah perasaan yang diransang oleh syaitan, Benci. Tapi perasaan itu pun tidak dapat membuatkan saya maju ke hadapapan. Ia makin membuatkan saya jadi rigid dan sempit. Jadi saya tolak perasaan itu, sejauh yang boleh, walaupun kadangkala saya juga tewas.

Tahun 2008 ni pun makin membuatkan saya sesak nafas. Sebab tirainya terbuka dengan pelbagai kisah yang membuatkan saya rasa macam nak hidup dalam gua aja. Pembunuhan Benazir Bhutto, kehilangan anak kecil "Sharlinie" yang mana pada tahap ini, kedua orang tuanya semakin buntu, ........ kena skodeng, persatuan yang ada dalam dunia hiburan duk gadoh sana, gadoh sini, si Faizal Tahir pulak pegi tayang body nya (inipun dah jadi isu nasional), pemergian ke alam barzakh beberapa nama tersohor tempatan, kes 'gay' dalam "Brockback Mountain" mati mengejut akibat .... (korang dah tau, lagi mau cerita ke), puting beliung pulak kat US, time dorang tengah sibuk nak pilih presiden, apa lagi, oh ya, kes Posh Spice yang nak bersara dalam bidang hiburan ( heck, nak bersara, bersara ajelah), kat China pulak ribut salji yang mampu menenggelamkan manusia sesaiz saya, campur lagi kes Hafiz Hashim yang dah keluar dari Nusa Mahsuri,dan juga kes muda belia kita yang ditahan di luar negara sebab seludup dadah dan kokain. Apa lagi ya? Nie aje yang termamupu saya fikir dalam masa 3 minit. Kalu ada korang boleh tambah sendiri. Nie baru suku tahun pertama, in fact baru awal bulan Februari.

Sampai penghujung 2008, makin tak ter'ukur'lah panjangnya senarai diatas.



Dengan keadaan yang semacam ini, dah bersediakah kah saya dan anda seusia saya mendidik generasi yang bakal bercambah?

Dunia semakin maju namun manusia yang terkandung didalamnya semakin tinggi sifat 'jahiliyah' nya. Apa yang jadi hari ini pun adalah kesan perbuatan kita juga. Namun tiada lain, selagi bernyawa hanya planet bumi sahaja yang menawarkan oksigen percuma untuk kita bernafas. Kalau manusia mampu hidup di Marikh, planet tu pun akan jadi macam Bumi bila dah 1000 tahun kehadapan.

Saya sekadar menulis untuk mengingatkan diri sendiri. Namun apabila anda membaca dan menimbulkan ruang menginsafi diri, maka bertambahlah pahala saya untuk mencuci sekian dosa. Namun jika dibaca kemudian dikritik dengan kata-kata berbaur nista, di jadikan bahan pula untuk "Lawak hari ini", makanya elok sahaja kita bersiap sedia ke Marikh, mencari ruang oksigen yang percuma, dan tidak dikongsi dengan sesiapa jua.

Sekian ruang untuk hari ini.

HEAL THE WORLD

0 ayat POWER BEB!: