Salam semua.
Sebagai salah satu usaha dan rangka promosi Team BK dan Suria Pagi KLfm, pada 9 Ogos lepas, Team BK Merdeka Walkhunt 2008 @ Central Market telah selamat dijayakan. Program pertama Team BK ini telah mendapat sokongan penyertaan daripada pelbagai pihak termasuk syarikat swasta, pelajar-pelajar universiti, jabatan-jabatan didalam RTM, pihak media dan artis, termasuk rakan-rakan DJ, pendengar dan sahabat KLFM. Terima Kasih semua! Tidak lupa kepada pihak penaja yang sama-sama terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam menjayakan program ini. Juga pihak Central Market yang memberi kerjasama yang baik sepanjang program ini berlansung.
Program walkhunt yang diadakan selain bertujuan untuk memperkenalkan Team BK kepada warga kota juga telah berjaya menjalinkan silaturahim yang lebih erat bersama rakan pendengar yang selama ini hanya mendengar namun kurang mengenali antara satu sama lain. Program ini juga telah berjaya menyemarakkan perkenalan diantara mereka selain mempromosikan bulan kemerdekaan Ogos ini.
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANSUNG MAHUPUN TIDAK LANSUNG DALAM MENJAYAKAN PROGRAM TEAM BK MERDEKA WALKHUNT 2008 @ CENTRAL MARKET. MAY GOD BLESS YOU AND ALL THE BEST TO EVERY AND EACH ONE OF US /^0^\
ENJOY THE MOMENT, YAWL AND LIVE LIFE TO THE FULLEST!
Sunday, August 10, 2008
Team BK Merdeka Walkhunt 2008 @ Central Market
SALAM KEMERDEKAAN YANG KE 51 >>> PERPADUAN TERAS KEJAYAAN!
LOVE,
TEAM BK
NAZIE & HEZRY
Posted by Rentak Interaktif Kota at 11:58 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ayat POWER BEB!:
Post a Comment