Saturday, September 27, 2008

Perutusan Syawal 1429H Cik Nazie


Saya terus lagi berhari raya didalam konti pada tahun ini... Syahdunyaaaaaaaa beb!!!

Waktu konti ( Rabu, Khamis, Jumaat :: 0600-1000 pagi )
Sabtu, Ahad saya nak beraya sakan!!!!!


Sebahagian daripada warga kerja KLFM. Dalam gambar diatas ni ada 11 orang, yang bertugas untuk raya tahun nie adalah 2,3 kerat.... Uwaaaa, syahdunya lagi! dan lagi! dan lagi!

PANTUN GHAYEEEE ISTIMEWAAAAAAAA UNTUK UOLSSSS!!!!!!!!

Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!

Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Tepek kad raya dalam blog pun kira ok what?

Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Cik Nazirah menyusun kata
Tutur peri yang sungguh ceria
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia

" Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin daripada saya dan keluarga

ISTIMEWA untuk anda semua. Tidak ketinggalan Salam Aidilfitri untuk..."

Kawan-kawan saya. Teman Terulung di mana jua anda berada. Semoga hari raya kali ini terus mengukuhkan persahabatan yang sekian lama dibina

Pendengar KLFM walau dimana jua anda berada

Warga kerja KLFM yang konfirm beraya sakannnn!

Sedara-mara saya yang tak terkire jumlahnya

dan ANDA yang bertugas seperti saya di hari raya ini! Uwaaa...


Ikhlas daripada,

NAZIRAH FADHLINA ANUAR ( DJ NAZIE ) dan famili

ANUAR ABD RAHMAN (Ayah)

AIDA ISMAIL ( Mak )

NUR DIANA ( Adik no 2)

NOOR AMALINA ( Adik no 3)









CikNaZie: Tahun depan WAJIB apply cuti raya!!!!!


0 ayat POWER BEB!: