Assalamualaikum Semua! Bagus.... Dah pandai jawab pun!
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua kawan2, sedara-mare, adik-beradik, kroni2, geng satu taman, mak aih ramai lagi lah, samada di alam nyata atau di alam maya, yang mana sebahagian besar daripada anda adalah "anonymous", tapi itu semua tak jadi masalah asalkan ada sifat respek dan hormat antara 1 sama lain, occay!
So, how's ur raya celebration? Mesti seronok kan! Harap2 seronok lah ek! Saya sempat juga terjah blog kawan-kawan setali sepusat... mak oii, story ari raya boley bikin filim, especially member saya yang mucuk tuh..... Faizal Mukhtar!
Eh saya pun ada story hari raya jugekkkkk! Walaupun raya kat dalam konti tu macam2 rasa ada, tapi kalau cite, sampai kawan saya si Faizal Mukhtar tu kawen pun tak abis2 lagi story saya!
Jadi kita mulakan cerita hari ini mengikut hari occay! Hahaha!
Hari Pertama
Destinasi selepas konti :
Foyer Wisma TV, berhari raya bersama Menteri Penerangan Datuk Shabery Cheek gitew!!! Thank You Datuk!!! Yang sangat memahami emosi kakitangan yang syahdu dan buat2 syahdu di hari raya iniiiii....
(Ralat: Foto tiada gara-gara tidak cukup tangan untuk memegang kamera, mencucuk sate, kuah kacang, rendang dan sebagainya )
Destinasi Kedua:
Bukit Jelutong, ke rumah kawan saya, Abg Mail dan Kak Nik. Nak cerita sket, saya kenal Abg Mail nie masa dia dan Kak Nik di UK, menyambung pelajaran. Eh, yang study Kak Nik, Abg Mail tu saje je suke2 ikut, takut mini kesayangan kena ngorat dengan Mat Saleh kat sana! Hahahah! Masa tu tahun 2004-2005, Abg Mail selalu dengar saya on air. Saya masih bersama Nasional FM ketika itu. Saya on-air tengah malam, di UK pagi, jadi sambil menjaga anak dia yang baru lahir kat sana, dia pun dengar la saya on-air sambil tu dukung2 anak dia! Hahah! Sempat gak chatting dan telefon saya dari UK. Balik ke KL sekitar 2006, selalu juga Abg Mail dan Kak Nik contact dan kami pun saling berhubung. Akhirnya tahun inilah baru saya dapat beraya sakan bersama Abg Mail dan Kak Nik dan kaum kerabat dia dan anak2 dia yang memang comey tu! 3 perempuan, macam i jugak, adik beradik, 3 orang perempuannnn!
Sekian sahaja cerita saya untuk Hari Raya Pertama....
0 ayat POWER BEB!:
Post a Comment