Sunday, April 19, 2009

Shah Indrawan...

Tomok oh Tomok...

Cepat2 lah tukar nama, Shah Indrawan tu lagi menarik, ekekek!

Sejak akhir2 nie, kalau saya melayari blog hiburan, ramai blogger2 yang menulis tentang si Tomok nie. Ramai yang tergezut, kagumm banget, terkasima dengan kebolehan dan ke'agresifan' Tomok, menyanyikan pelbagai jenis lagu dalam sebuah program hiburan tu. Dulu punyaah liuk-melintuk... saya sendiri kalau dengar lagu Tomok dengan band-nya, New Boyz tu, rasa macam nak lari lompat berpagar 400meter. Punya tak sanggup. Kalau ada di kalangan kawan2 yang minat dengan Tomok, tampal gambar Tomok kat tepi katil, atau kat sebelah cermin dalam bilik air, alamat memang kena kutuk 4 hari 4 malam lah....

Tapi sekarang, Tomok dah dewasa gitew. Dah ada teman wanita dah pun. Ramai yang tak sangka Tomok sanggup buat rambut macam gambar kat atas tu. Tengoklah stail rambut dia dulu. Memang jambu, belah tengah, jel tebal, punya berkilat, sebatu dah nampak rambut dia yang berkilat tuh.

Adik saya yang tengah 'mengandung' tu dulu satu sekolah dengan Tomok. Tapi Tomok senior dia. Kat sekolah dulu, memang Tomok ni glamour, biasalah artis. Ada satu hari tu, saya kena ambik adik saya kat sekolah, opps, lupa plak nama sekolah, Sek Men Cheras, KL... alah, kat belakang Velodrom Bandar Tun Razak tu... Masuk aje dalam kereta, adik saya terus bercerita...

Adik: Long, tau tak apa cite arini?
Along: Amende?
Adik: Adik nampak Tomok arini kat sekolah.
Along: Owh... tak minta autograf ke, sain kat lengan baju ko?
Adik: Malulah nak minta autograf kat abang Tomok tu...
Along: Abang Tomok??????? *bluekkkkk* Jumpa dia kat area mana? Dia tengah buat apa? Dia pandang ko tak?
Adik: Ko tau dia tengah buat ape.... Dia tengah menyapu sampah keliling sekolah, kena denda sebab tak datang sekolah..huhuhu!

Itulah harga yang tepaksa dibayar apabila anda menjadi artis sebelum anda tamat belajar di sekolah.... :-)

Tapi sekarang, Tomok dah kembali mengancam, kan, kan,kan...


Transformasi yeh Shah Indrawan, Keep it up, lets the industry proud to have Malaysian talent.


More than meets the eye,

2 ayat POWER BEB!:

kakzie said...

kita tak minat orgnya tapi kita minat dgr lagu2nya..jiwang hehehe

salsabeelasofiyyahsakeenah said...

wahaha aku pon terjebak nie ya ampun....tomok mmg best arr skang..better than kakak dia ok..tp dua-dua mengungguli carta (struggle aku nak eja mengunggguli ok...wkaka)