Monday, April 20, 2009

'History' by Nazie

Saya adalah anak pasca merdeka. Saya lahir pada 29 Disember 1980. Saya lahir di negara Malaysia dan melihat semuanya telah tersedia di depan mata. Walaupun saya tak memahami lagi pada waktu itu ( sebab saya masih kecil lagi ), akan tetapi, apa yang boleh saya simpulkan, saya bukan tergolong dalam generasi yang hidup dalam keadaan susah dan payah, ketika zaman pemerintahan British, zaman Jepun, zaman darurat atau zaman songkok dan beras dipijak2 oleh bangsa penjajah kerana mereka tuan di tanah Melayu. Saya adalah generasi yang membesar dengan KFC, Pizza Hut dan Mc Donalds di kiri dan kanan, termasuklah di bahu jalan ( senang nak beli di 'drive-thru'.

I am fascinated to write on this title, just about 5 minutes ago. I was so sleepy. I am supposed to write and brainstorming on my Santai script, unfortunately, i end up updating the blog on this issue.

Bila ditanya tentang sejarah, saya pernah menjadi kelompok yang sangat sangat benci dengan matapelajaran ini. Bukan sahaja kerana buku teks yang tebal nya lebih kurang sama dengan buku Yellow Pages, tapi juga kerana kulit buku teks nya pada masa itu sangat tidak menarik untuk saya baca. Kulit buku nya berwarna coklat gelap. Ia seakan2 membawa aura yang membosankan bagi saya.

Pelik juga, kerana walaupun saya tidak meminati matapelajaran ini, saya berjaya mendapat keputusan yang (A, A+) tapi sekurang2nya keputusan yang saya tak jangka pun saya akan dapat ( B,C3). Ada sesuatu menjadi daya tarikan untuk matapelajaran ini....

Setiap kali saya memegang buku Sejarah ( yang paling saya tak suka pegang ialah buku teks Sejarah Peradaban Dunia), saya selalu terpanggil untuk memikirkan apa kesilapan yang telah saya lakukan, yang dah menjadi sejarah... Banyak juga, al-maklumlah darah muda... Sejarah pada saya, sejarah kehidupan saya yang saya tak boleh ubah atau tukar faktanya. Sejarah yang saya tak boleh lari dari menipu. Kalaupun saya menipu, saya akan rasa seolah saya menipu diri sendiri. Kadang2 antara perkara yang buat saya benci dengan matapelajaran Sejarah, ialah kerana saya akan rasa benci pada diri saya (pada masa itu) sebab teringat kesilapan yang telah saya lakukan. I wish i can change the history.... Sejarah biasanya membuatkan saya rasa sedar diri...

Disebabkan saya sedar diri, maka sememangnya saya tahu, arif dan maklum bahawasanya generasi merdeka seperti saya adalah generasi yang mewarisi kemerdekaan terdahulu. Anak2 yang bakal generasi saya lahirkan selepas itu, sudah tentu saya mahu mereka rasakan juga kesenangan yang telah kami buat untuk mereka. Ini adalah tanggungjawab...

Walaupun kadang2 saya rasa terhina apabila ada sesetengah daripada kita yang menjadikan perbezaan generasi sebagai alasan untuk mempersoalkan sejarah dan isu 'sedar siri'. Makanya... dimana2 pun mesti akan wujud situasi senior-junior, 'aku senior, kau kena respect aku sebab sejarah aku lagi hebat dari kau, kau kena belajar dari aku, hehehe'.

Betul, sebab dalam apa pun sejarah yang dah jadi pengalaman, memang akan mengajar kita... Walaupun kita tak lah belajar sangat daripada sejarah mahupun pengalaman

End up

We tend to keep repeating the same mistakes, or similar mistakes over and over again...

Jadi, bila masa sebenar2nya kita belajar dari sejarah & pengalaman?

Bila ada perbezaan yang ketara antara generasi, kenapa tidak kita memahami generasi itu. Kan lagi baik daripada menghentam dan mengatakan itu dan ini semuanya tak betul. Maksud saya, kita tak boleh jadi generasi yang bukan generasi kita, kita buat macam mana pun kita tetap takkan sama seperti mereka, tapi kita boleh memahami mereka, sekurang2nya kita tahu kenapa mereka menjadi begitu.

Maybe in certain issue, it is pointless to shout out your point of view or to say sorry when you wrong, at least have some courtesy to understand why, instead to put your assumption and let the gap grow bigger and huge, kan.

And how, i believe how history in the past can carry our being in the future. Maybe it not 100% important, but it does bring somethig we never know or even predict.

Sejarah, boleh membuatkan kita malu pada diri sendiri
Sejarah pasti sekurang2nya buat kita rasa sedar diri
Sejarah membuatkan kita lebih berhati2
Yang penting
Sejarah tak pernah menipu kita


Walaupun kadang2 bila kita bercerita tentang sejarah kita pada orang itu, kita akan menokok tambah itu dan ini supaya cerita itu kelihatan 'WOW', 'SUPERB', 'EXTRAORDINARY' :-)

LOVE,HATE....and LOVE AGAIN,




P/S: Welcome to KLFM to my dear old freind, Norhayati Abbas and new Freind, Sonic.

2 ayat POWER BEB!:

kakzie said...

tak suka gak mata pelajaran sejarah sebab nak kena ingat fakta terutamanya tarikh2 penting..tapi suka bangat dengar org2 tua bercerita mengenai sejarah sampai melopong hehehe

salsabeelasofiyyahsakeenah said...

pergh bravo nazie..sungguh patriotik gittew...wakakkaaa..aku rasa dulu2 jawab essay sejarah merapu meraban je kot aku wkaka..tp dapatlah C3 gak wahahha..