Wednesday, April 22, 2009

A tale in a wedding ceremony

Assalamualaikum,

Terima kasih kerana terus melayari laman blog ini, saya sangat sangat menghargainya, hehe! Walaupun tidak ada gambar terkini untuk dipaparkan. Kalau saya tengok blog orang lain, makin dekat nak kawin, makin banyak gambar yang diletak di blog. Yelah, saya faham, anda juga sudah tentu ingin brkongsi pengalaman anda membuat dan mengatur cara majlis perkahwinan anda kan, sudah tentu mahu yang terbaik. Lagi2 kalau tengok blog si Pinku ( gelilah panggil ko pinku, ieta oiiiii, tapi aku nengok kat blog ko, orang lain sume panggil ko Pinku :-), blog si Amyz, ekeke, tak termasuk lagi blog si Julia... Saya kagum dengan usaha anda mengadap laptop 2-3 jam untuk upload punyalah banyak gambar, Syabaassss!

Di blog ini, sejak akhir2 ni kekurangan gambar, sebab saya dah jarang2 bawa kamera ke hulu ke hilir, macam dulu. Lagipun, kebanyakkan urusan perkahwinan saya uruskan bersendirian, Iznan kan di Sabah, jadi tak praktikal pulak, saya nak ambik gambar sorang2, nak diskusi itu dan ini... tak terbuat lah, untuk diri saya... Does'nt work for me, maybe workin well to others...

Saya nak bercerita tentang majlis perkahwinan ini, kerana sejak akhir2 ni, ramai betul kawan2 saya yang melansungkan perkahwinan. Samada kawan2 dari zaman persekolahan, mahupun kawan2 dari zaman universiti dan kawan2 dari tempat kerja. Tahniah untuk anda semua yang dah sampai seru. Kawan2 dari SMTS - Ida, Amyz... dari UITM, Yatt, Ayoi... dah kawan2 dari kategori pengantin tak berapa lama sangat ( kawin tahun lepas atau 2 tahun lepas ), Rin, Ieta, Zura, Mama Jrn dan ramai lagi lah! Hehehe! Dan yang menyusul tak lama lagi tentulah saya dan Iznan, Ezan Nazri, khabarnya juga, Nolie, dan kawan saya yang sorang lagi kat KLFM nie, you know lah who i meant with, :-) dan beberapa orang kawan lagi...

Salah satu proses yang WAJIB dan PENTING dalam urusan perkahwinan ialah mendapatkan alamat kawan2. Dan sudah pastinya saya tidak ketinggalan melalui proses ini, macam kawan2 yang lain. Response yang biasa saya terima sejak akhir2 nie, sudah pasti lah ' Tak sangka ko dan Iznan nak kawin, dulu masa belajar, tak nampak pun bercinta'... Dont get me wrong, i am not blaming yawl, hahaha! Memang dah kenyataan pun, kami memang tak ada hati pun nak bercinta masa belajar dulu, Indeed, i don't like him much. Dia pun sama, sebab dia tengah angau dengan orang lain kot, hahahah!

Dan kalau dari kawan2 dari zaman persekolahan pulak...'Alhamdulillah Nazie, kawin jugak kau akhirnya , aku ingatkan ko ni takkan kawin sampai bile'.... Again, saya tak salahkan kawan2 saya atas apa jua ekspresi mereka, sebab dulu masa sekolah memang saya agak gila2, ganas, poyo, macam bagus, otak bergeliga jugak lah, hahah!

Dan satu lagi response yang saya terima secara rawak ... ' Idup lagi ko Nazie, nak kawin dah, member2 lain nya kahwin, sorang pun kau tak pegi, ilang lenyap terus' :-)

Saya terpanggil untuk memberi hujah2 saya yang tersendiri didalam blog ini. Sebab apabila bersua atau menerusi panggilan telefon, saya lebih senang mendiamkan diri dan buat lawak seadanya saja. Memang betul pun saya antara manusia yang jarang2 menghadiri majlis sosial terutama di kalangan kawan2, ekekeke!

TAPI

Saya ada sebab yang tersendiri. Mungkin ini adalah satu alasan yang cliche, mungkin juga anda pernah dengar alasan ini... Tidak kurang ada yang menganggap ia tidak lari dari sekadar sebab atau alasan yang biasanya manusia bagi untuk mengelakkan diri. Untuk saya, apa jua pun response anda, terpulang dan saya terbuka untuk menerimanya, kerana saya dan anda adalah manusia... bukan alien atau monsters...

Kawan2, saya adalah manusia gila yang bekerja dalam bidang yang penuh dengan hipokrit dan kejam iaitu Penyiaran ini. Saya tidak bekerja dengan menggunakan waktu pejabat,9 to 5. Sebelum saya keudara sebagai Morning Crew di KLFM, saya bekerja dalam banyak slot, biasanya hujung minggu, Sabtu dan Ahad. Tengah malam, petang dan malam. Pelbagai waktu lah yang sangat mencabar ketahanan mata saya ini, huhu!

Untuk menjana pendapatan, saya juga turut membuat beberapa kerja lain. Kerja apa tak payahlah saya bagitahu dalam blog ini. Walaupun ini blog saya, tapi ini bukan blog iklan percuma, hehehhe! Yang sebenarnya apa yang saya nak terangkan, waktu kerja saya yang tersangatlah kurang fleksibel membuatkan saya sukar untuk meronggeng bersama kawan2, meghadiri majlis perkahwinan dan macam2 lagi yang sepatutnya saya buat. Takkan sebab saya, kawan2 nak buat majlis perkahwinan pada hari Selasa atau Rabu pulak kot ( dulu saya bertugas hujung minggu, bercuti pada hari Selasa, Rabu, heheh) Rutin saya sejak 5 tahun lepas ialah, Kerja, balik, tidur. Dalam masa 5 tahun bekerja, saya belum pernah bercuti pada hari raya mahupun hujung minggu. Saya cuma sempat bercuti selama seminggu ke Pulau Langkawi bersama kawan2 saya, itu pun pada Januari 2007. Sejak akhir2 ni lah yang saya banyak mohon cuti.. Boss saya pun terpaksa redha ajelah, Jangan mare ekkk Boss!

Pun begitu, saya tetap mengingati anda semua, maka muncullah saya dalam alam maya Facebook, Freindster dan Blog ini, selain bertujuan untuk berkongsi ceritaa saya juga ingin berhubung dengan kawan2 yang lama tidak berjumpa. And i am missing you guys! And the freindship bond we had made through the years, uwaaaaa! Dan saya tahu kawan2 saya dari zaman sekolah, sampailah zaman uni pun sedang melayari blog yang biasa biasa ini! Terima kasih kawan2!!!!!!!!!! Saya sangat menghargainya, betul betul betul!

Untuk majlis perkahwinan saya yang Insyallah akan berlansung tidak lama lagi, saya dengan rendah diri mengajak kawan2 semua untuk berkongsi hari gembira ini. Walaupun saya jarang2 kelihatan ( in my life, i've been in a situation, i shall called ----- anti social, ahhaha!), sebab saya seorang manusia yang sangat low profile, huhu! Saya tetap mengingati dan merindui anda semua, sangat kepingin mahu berjumpa, melihat perkembangan terkini, kawan2 yang pernah bersama saya suatu ketika dahulu, ahha!

Okay yer, sampai disini dulu, bebelan saya untuk hari ini...

Kita jumpa di Shah Alam 6 Jun nanti, aite!


Signing off,

3 ayat POWER BEB!:

salsabeelasofiyyahsakeenah said...

teeeheheehee....aku dah tukau nama dah..skang jd pinku wakkaka...kucing merah jambu hikhik..suka atilah ko nak panggil aku apa nazie oii..mak tak kesah nyah..eekkee...

mmg lama weh mengadap nak upload pic tu..mula-mula aku edit dulu mana yg patut pastu letak watermark (hari lain)..dah siap baru upload..ekke.sampai aku jarangler masuk facebook dek kerana blog..facebook byk nau org2 opis kang kantoi lak kan..wakkaka tu maleh aku nak letak link blog kat facebook muahahha...

weh dah kirim kah kad undangan?? muahaha padahal lambat lg tu..eke..

Anonymous said...

wah, panjang lebar eak ko punya ayat..amboi..ni da kira nak caras blog aku ni..pengikut makin lama bertambah ni..arghhh tak bole jadi ni..haku harus langkau blog mu ini..hehehehe..gurau je..apa2 pun, aku harap Zie, time weeding ko aku ada kat m'sia..sesungguhnye..aku di kabarkan aku akan berada di tanah suci time tu..so kalau tak dapat hadir..aku bagi tahu awal2 ni yang aku minta maaf byk2 eak..tp aku akan doakan dari kejauhan agar perkahwinan mu nanti akan berkekalan hingga ke alam syurga..amin.

djND the kiut guy..

Nazierahhhh!!!....Bole Jual Lah!!!

Amyz! said...

Well, aku sendiri selalu tertanya2 mana si Nazie ni bila attend wedding kawan2 kita. But then, aku faham la kenapa kita tak pergi wedding kawan-kawan. sbb aku pun sama gak. ramai gak kawan2 kawen aku tak pegi. tapi kawan baik tu kena pegi la. macam ejad, alin, faizah, ida~ aku rasa itu je kot kawan smts yg aku pegi wedding nyer. haha. teruk gile aku~

nway, kau pun dah nak kawen dalam sebulan lagi ni. wahh.. so many things to do beb. yg penting jgn risau2. jaga kesihatan sbb nanti mesti nak nampak sgt vogue kan? ;-)

wish u all the best, bebeh!