Saturday, May 9, 2009

Kisah Hidupku - Part 1

MEMPERKENALKAN WATAK UTAMA DALAM 'KISAH HIDUPKU'
"TUAN PUNYA BLOG"
\ CIK NAZIE /


Nama saya Nazirah Fadhlina Anuar. Saya dilahirkan pada 29 Disember 1980 di Hospital Universiti Kuala Lumpur. Jadi saya memang anak jati KL, heheh! Saya anak sulung dari 3 orang adik beradik yang kesemuanya perempuan, dan saya yang paling comel diantara ketiga-tiga ini, selain fotogenik dan fotogedik. Tengok sajalah aksi-aksi saya dalam gambar2 yang banyak saya nak tunjuk lepas nie. Jadi harap maklum dan jangan bosan yer.


Bapa saya namanya Anuar, mak saya pulak namanya Aida. Masa saya dilahirkan dengan penuh susah payah oleh mak saya ke bumi ini, bapa saya baru saja menamatkan pelajarannya di Universiti Malaya dalam jurusan perakaunan. Masa ayah saya tengah dukung saya nie, umur saya baru 6 bulan. Kepala saya pun tak tegak lagi, dan rambut saya pun keriting lagi. Saya tak ske, tp sekarang rambut saya lurus. Teknik rebonding...

Oh ya, sekarang saya dan tunang saya dalam proses mengumpul gambar2, jadi inilah hasilnya. Jadi diharap anda semua boleh melihat tanpa mengeksplotasinya okay.

Masa ni saya dah tinggal di Ampang. Oh ya, sebelum berpindah ke Ampang, saya dan keluarga saya tinggal di Kuarters KTM di Sentul. Mak saya dulu di KTM, ayah saya plak bekerja di Bank Bumiputera di Jalan Melaka, KL. Gambar kat atas tu, masa bapa saya baru balik dari kerja, memangku adik bongsu saya yang tengah mengandung sekarang nie. Heheh! Mak saya? Mak saya takda dalam gambar sebab dia yang amik gambar nie. Hehehe! Dan gambar di atas... dan kebanyakkan gambar.... huhuh!

Ahha, masa ini saya kat Fraser's Hill. Sebab tu pakai baju sejuk. Kami pergi berjimba2 sekeluarga. Masa kecil2 dulu, kami selalu berjalan sekeluarga. Dah besar dah makin jarang pulak berjalan2 bersama2 keluarga, hehhe. Sebab mak dan ayah saya dulu tergolong dalam pasangan yang sentiasa sibuk dengan kerja 24 jam. Masa saya kecik2 dulu, saya selalu pergi ke pejabat mak dan ayah saya bekerja. Ibarat membesar bagai johan di tempat dorang bekerja plakkkk....


Okay!!!! Bersambung di entry yang seterusnya. Saya akan cerita tentang zaman persekolahan dan zaman saya berjimba2 ( bersukaria pada waktu muda2 dulu2 ) dengan kawan2. Ahhh, memang indah zaman itu, kannnnn...

Saya nak pergi beli barang2 nak buat kek, sempena Hari Ibu, yeayy! Saya dan adik saya nak buat brownies untuk mak saya, huhuhu! Jadi, jumpa lagi dan tunggu kemunculan saya dalam entry yang seterusnya okay!

3 ayat POWER BEB!:

djND said...

aku suka kamu nazie..semoga kamu akan kekal berpanjangan menjadi seorg isteri soleha ya 1 ari nanti...

djND

djnazie said...

maceh adik ND, hehhehe!

kakzie said...

ayah nazie keje kat bank bumiputra jalan Melaka?mesti kenal dgn arwah sepupu saya yang juga lama bekerja di sana..tak silap managr..arwah Razik@razak bin Senik...