Tuesday, June 2, 2009

Counting days...

Yeah, im counting the days, 4 days to go... Alhamdulillah, most of the preparation has been done, except for our visual slide, which is now Che'gu Iznan is struggling hard to show his creativity and expertise ( kitorang kan mass comm grad, so bab visual slide n creativity nie memang tak boleh kalah, hahahah!). I hope with the visual aid in our wedding day this Saturday, people will get to know us better and to our old freinds, i hope the visual will flashback our memories, ah syahdunya! Semusim bersama selamanya terasa... kan kan kan :-p


4 hari lagi bakal bergelar isteri kepada Che'gu Iznan, saya rasa apa ye? Mungkin sama juga rasanya dengan anda semua yang pernah melalui momen2 ini, kan? Resah-gelisah, berdebar2, takut, gembira, tak sabar dan segala-galanya lah. Bimbang juga takut tersasul nama plak Che'gu sebit nanti. Risau jugak mana-lah tahu ayah saya yang terlebih gabra... Salah pulak sebut nama calon menantu, hahaha! Ini kali kedua ayah saya menjadi wali untuk anaknya. Pertama sekali, 3 bulan lepas, masa adik saya kawen... Ok lah kot, ayah jangan tiba2 gelabah and tak hafal skrip pulak aih! Kismis banyak Alongtengok dalam peti ais tuh! hehehe!


Sejujurnya, malam ini juga saya terkenang2 zaman remaja dan zaman ting-tong saya yang semakin sampai ke penghujungnya. Selepas ini, satu fasa baru pula akan saya lalui dalam hidup saya. Fasa yang penuh tanggungjawab harus dipikul di bahu. Sebagai seorang isteri kepada seorang lelaki, sudah tentulah kita semua arif dengan tanggungjawab dan adab-nya, kan? Saya tak perlu huraikan sebab kebanyakkan kita sudahpun sedar dan tahu... Samada bersedia atau tidak, bukan lagi persoalannya, kerana jalan telah pun dipilih. Maka, yang harus difikir sekarang adalah, bagaimana mengatir jalan dengan betul :-D


Dulu masa saya remaja, zaman sekolah, memang 1 sekolah lah tahu saya nie minah yang kecoh, suka gelak kuat2, suka buat lawak dan macam2 lagilah! Hahha! Saya siap ada satu geng yang akan kemana saja bersama2. Dulu masa tingkatan 4 dan 5, kami tidak ada kelas tetap. Sebab bilik kelas tak cukup. So kitorang ni dipanggil 'kelas @ budak setinggan". Kitorang akan masuk ke kelas yang lain2 termasuk makmal mengikut jadual. Setahun macam tu! Tapi seronot, sebab masa peksa boleh kongsi2 jawapan2! Exam dalam makmal sains, duduk dekat2 jer! Haahahah! Hidup aku masa high skoool memang Rawks aih! High School Rawks! I missed every second of it :-p

Pastu zaman di Universiti pulak, nama pun student Mass Comm - UITM.. Level 13 menjadi saksi budak2 mass comm yang berchenta pastu berkahwin, ada juga yang berchenta tak kawin2, tak jadi kawen pun ada. Tapi dalam kes saya dan Che'gu Iznan, kami tak pernah pun bercinta semasa di UITM. Kami sekelas dari Part 1 Degree sehinggalah tahun akhir, tapi tak pernah terdetik pun hati saya nak bercinta dengan dia. Dia pun apatah lagi! Lagipun masa tu, saya tak berapa geng dengan dia. Dia pun sama, sebab dia cakap saya kecoh, suka dominan bile buat presentation dan selalu jalan2 dengan geng saya. So dia takut nak join. Hahaha! What a story, now i'm going to marry him in 4 days...


Selepas ini, seperti pasangan2 yang lain juga, kebanyakkan perkara harus difikirkan untuk kebaikan bersama dan masa depan yang kami berdua akan usahakan bersama, Insyaallah! Saya tidak memikirkan samada saya bersedia atau tidak, yang saya fikirkan sekarang ialah apa yang perlu saya dan Che'gu buat untuk masa depan kami dan bakal anak2 yang akan dilahirkan! Kids are precious, anak anugerah terindah. We want to create a properties for each of our child. Living in a new world, we must think a step ahead. Must think of our future, on top of that, the future of our children. Masyallah, the world spin so fast now, kan....

Persiapan semua hampir siap. Bilik saya dah dikemas, Iznan akan datang ke KL Khamis ni bersama sanak-saudaranya. Jumaat ini, kami ada rehersal bersama wedding team kami, sebelah malamnya pula ada kenduri doa selamat di rumah mak busu saya di Shah Alam. Sabtu, akad nikah bermula jam 2 petang, sebelah malamnya persandingan, Insyaallah!


Doakan segala yang dirancang berjalan lancar ya! Saya akan kembali bertugas di Konti KLfm pada 22 Jun 2009! Tapi sekarang pun dah mula rindu nak ke-udara bersama pendengar KLFM *wink*


Anda yang sentiasa membaca laman blog ini, terima kasih yang tidak terhingga. Membuatkan semangat saya makin meluap-luap untuk menulis disini. Hehehe! Bless each and every one of you guys for the support! Jangan berhenti! Terus berlari, kawan :-D


Terakhir, saya tepek kan hasil kegedikan saya dan Che'gu Iznan yang dirakam kira-kira 3 tahun yang lalu, masa ni chenta kami tengah hangat berputik /^0^\ ....

Dan beberapa zaman terlampau saya! Hahaha! Enjoy the photo, hommies!

Masa ni, satu geng berjalan dari seksyen 2 Shah Alam, lepak2 kat PKNS dan Alam Sentral. Dulu2 kat Shah Alam, dedua tempat ni memang popular lah, penuh dengan student UITM je, SACC takda lagi masa ini. Kitorang jalan kaki dari uitm, lalu depan tasik Shah Alam, depan masjid negeri tuh. Hahaha! tengok lah Iznan punyalah kurus, saya tetap maintain! Mahal gambar nie, mahu kena kutuk lepas nie aih!


Gambar ini pula di Level 13, Fakulti Mass Comm yang angat horror itu, hahaha! Satu kelas amek gambar kenang-kenangan sebab akan berpisah. Masa ni kami di semester ke-6. Semester akhir.... syahdunya tengok muka kawan2 aku kat dalam gambar nie, :-D

Ini gambar lagi syahdu dan sangat menggamit memori! Masa saya di Tingkatan 5 PA1. Ini cikgu Matematik kesayangan semua ( Amyz, sila ingatkan kembali nama cikgu ni, lupa abis aku aih! ) Masa ni cikgu Matematik saya ni nak berpindah jadi kitorang bergambaq lah... Yang baju kuning, pustakawan, yang baju biru, pengawas, yang baju putih lagi suci itu, budak-budak baik semuanya, hahaha! Tempat duduk saya dalam kelas ni di baris yang kedua dari papan hitam ( al-maklum la, rabun...) Tali beg warna biru kat dalam gambar, beg saya lah tu... :-D


Jadi sekian untuk malam ini :-D

Kembali dengan gambar2 perkahwinan yang akan ditepek tak lama lagi...



Miss yawl,

3 ayat POWER BEB!:

salsabeelasofiyyahsakeenah said...

weh selamat menempuh alam baru..aku doakan semuanya berjalan lancar. ampun ye aku tak dapat gi wedding ko, aku kat muar masa tu, biasalah mamat tu drift hehe...tapi takpe doaku mengiringimu...heheee....

congrats!!!

pasni mesti ko akan terror bersilat di dapur hahaha..

Amyz! said...

Nazi~ Tu cikgu Joned!! Ahahaha. Cikgu Math masa form 4. Wahhh. Gambar ini adalah gambar di mana kepoyoan gua sangat terserlah dengan uniform kuning - macam mambang kuning maskot DIGI plak rasanya~

Haha.

Nak kahwin ni memang nebes beb. Apa pun aku nak ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru. dan iringkan doa semoga ikatan suci itu kekal abadi ke akhirnya.

Tahniah! Selamat berkahwin. Hakhak.

Coolleen said...

alamak gambar lama tuh... kenapa amyz cam daring semacam jerk.. sapa yg ambil gambar tuh!

nazi.. semoga ko bahagia.. aku tumpang gembira.. Anyway aku ngan hamdan nak ucap selamat menempuh alam perkahwinan.. moga2 cepat dapat baby..