Tuesday, June 16, 2009

Wedding Unites Everybody - from Manifestasi Mimpi - Faizalmukhtar.com

ME:
Cilakak lu faizal! baru baca blog kau! ucapan taraf barrack obama kau tu aku akan ingat sampai bile2 especially masa kau nak jalan masuk, lalu depan pelamin ke rostrum! Macam mat lampir!!!
Read em all, yawl! Malas nak cite banyak lagi dah!

By our very own freind, Faizal Mukhtar

http://faizalmukhtar.blogspot.com/2009/06/wedding-and-re-union-gila-gila.html#comments

Satu wedding & Satu re-union. Gila apakah ini ?!!
Saturday, June 06, 2009

UiTM circa 2003. Cuba teka... kutu mana, jadi apa ? Dan dimanakah kutu-kutu jantan lain di dalam gambar ini ?

Malam ni ada resepsi merangkap kenduri kahwin dua orang kutu masa kat UiTM dulu. Masa tu la kutu, ramai dah dalam gambar tu dah bersara jadi kutu. Kecuali gua kot. Nan atau Cikgu Iznan sekarang dah selamat jadi guru sekolah dah kat Sabah. Heh! Gua dah jangka dah. Lu kalau lu pilih join maktab guru, lepas tu confirm lu kena posting kat Sabah. Takpe. Sana 'pemandangan' dia cun. Nazi atau DJ Nazirah sekarang DJ Radio stesen kerajaan. Stesen radio untuk orang KL. Gila apa nak bangun pagi-pagi buta sebelum ayam jantan berkokok?! Pastu nak head-on pulak dengan Din Beramboi dengan Fafau. Memang keje gila. Tapi lu buat jugak sebab lu handal.

Nan dengan Nazi. Sampai jua lu orang akhirnya ke jinjang jodoh. Memang tak ku duga.

Sekali gua datang rehearsel diorang semalam, gua usha la wang hantaran. Gua usha preparasi. Gua usha belanjawan. Gua usha segala perincian yang ada. Gua usha itu. Gua usha ini. Walhal gua diundang untuk rehearse bab skrip ucapan aje untuk ini malam. Mak ai! Dahsyat. Gerun melihatnya. Tak sangka, lu orang memang bijak berbelanja.

Selain majlis kenduri-kendara dan resepsi makan-makan yang diorang adakan kat situ... dibelasahnya acara reunion. Aduh! Dah la gua tak berapa 'in' dengan rapat-umum ala reunion. Diadakan pula serentak. Sumpah Lillah memang gua tak dapat lari lagi dah. Abis resepsi nanti, kena la gua prepare teks kutuk mengutuk tanpa henti ni. Licik betul lu orang bikin rancangan perkahwinan.

Apa-apahal, jentera dan plan walimatul urus lu orang best. Buat pulak kat tempat grand. Time cuti sekolah. Parking mantap. Masjid dekat. Tasik dekat. Kita jumpa di sana dan lihat --- bazooka sapa yang lebih penaka!

SELAMAT PENGANTIN BARU, NAN. SELAMAT PENGANTIN BARU, NAZI.

Gua harap, ucapan resepsi gua malam ni akan dapat sambutan ini macam.

Nan dan Nazi. circa 2001, UiTM Shah Alam. Orang dah tak main dah style GQ ala KRU tu dah, Nan. Tapi lu bailon jugak. Nazi, pakai baju macam student kat universiti negeri Kanada. Berlapis semacam.



FROM :www.faizalmukhtar.com

0 ayat POWER BEB!: