Tuesday, June 9, 2009

Wedding Unites Everybody - Epi 01


Semasa proses mengumpul alamat dan data kawan2 terutama rakan2 UITM, terbit juga perasaan risau di hati kami, yelah tarikh 6-6-09 memang dikhabarkan akan ada banyak majlis perkahwinana. Penolong pendaftar nikah kami pun, Ustaz Khairuddin beritahu, pada hari tersebut sahaja, beliau sudah menikahkan 7 pasangan termasuk kami di sekitar Shah Alam. Kami memang sudah lama berhajat untuk mengumpulkan seramai boleh rakan2 UITM yang pernah bersama kami, samada junior mahupun senior. Justeru kad dihantar memang banyak kepada warga Mass Comm UITM. Kalau ada yang tak dapat, maafkan kami ya. Semasa majlis juga, dari jauh kami dapat melihat kehadiran junior saya yang saya panggil Adik iaitu Syarizzuan atau One, saya jugak nampak Zareen, Tikah dan Debby, Aini dan ramai lagi warga UITM yang tak dapatlah saya nak namakan 1 persatu. Diatas pelamin, kalau pengantin lain sibuk kontrol ayu dan macho, kami pulak sibuk berborak dan bertanya antara satu sama lain termasuklah dengan si pengapet dua orang tuh, huh! Ada cerita juga tentang pengapit ekslusif kami nie ( ayat takble blah ). Later occay!

Kami sangat terharu dengan kehadiran anda semua. Walaupun tidak semua yang hadir, tetapi hajat kami termakbul. Selain daripada majlis perkahwinan ini menghalalkan hubungan saya dan suami, majlis perkahwinan ini juga telah menemukan saya dan suami dengan rakan2, telah menyatukan semula rakan2 dengan sahabat2 yang lain. Alhamdulillah! Semoga kasih sayang diantara kita akan terus berkekalan!

Kami sayang anda semua :-D


Hugs and Kisses
Nan & Nazie



1 ayat POWER BEB!:

Azyze said...

sayangku,
iols mohon maaf kerana telah terlepas wedding of the year merangkap port reunion pling berkesan abad ini!

ceritanya panjang, cukuplah sekadar aku minta maaf sekali lagi dengan janji nak jumpa ko lepas ko balik fr honeymoon kang.

congrats again, aku doakan ko kekal sampai anak cucu dan bahagia sentiasa.