Sunday, July 12, 2009

Jom oghang KL begambih ke Kuching!







Salam!

Mengambil peluang bercuti dengan harga tiket yang murah dari Air Asia, maka dengan tidak sengajannya, saya, Hezry, Sonic dan ND terbang ke Kuching mencari kegembiraan melepaskan lelah bekerja. Ini adalah percutian pertama saya sejak berkahwin pada bulan lepas. Kuching holiday was gooooood and awesome. We were entertained with such a good team. Kudos to EE, Ahim, Adammmmzzz and not to forget Neng!

Percutian singkat 3hari 2 malam, memang lah tak cukup terutamanya untuk si Sonic yang dah gian nak makan Raja Ayam Penyet tu, tapi sangat penuh dengan aktiviti yang mantap! Diselenggarakan oleh EE ( yang kacak! ) dan dibantu oleh si Neng ( kacak juak! ) ...

Sepanjang 3 hari di Kuching, sempatlah kami melawat Kuching Cultural Village, yang menjadi sebutan seantero Kuching itu, selain turut melawat konti Sarawak FM. Wau, cantik kontinya! Cahaya yang sedang2, tak lebih tak kurang, terisi dengan pelbagai hiasan yang mengalahkan dekorasi Eric Leong. Tekak juga terisi dengan pelbagai makanan istimewa orang Kuching... antaranya Mee Kolok ( nyaman gilak aih ), Rojak Kuchei, Laksa Sarawak dan hidangan paling popular di Sarawak --- Nasi Raja Ayam Penyet. Tidak ketinggalan sempat melawat Dai Chi, lokasi yang sering membuatkan Sonic rasa bangga menjadi dirinya! Hahaha! Bakatnya sangat terserlah di Dai Chi, dibantu oleh lontaran vokal yang sangat rangup oleh EE, Adamzzzz dan Ahim! Wah, kagum kagum kagum!

Sempat juga bersolat di rumah neneknya Ahim, yang menyambut kedatangan kami dengan penuh teruja! Kami pun lagi lah teruja dan terkejut dengan hidangn biskut susu yang sedanp teramat dan air sirap resepi rahsia tu!

Membeli-belah juga tidak ketinggalan tersenarai dalam agenda. Kawan2 KLFM yang lain, jangan risau, ada habuan untuk korang kami kbawa balik occay! Membeli beberapa cenderamata di depan Waterfront memang indah. Lagi indah kalau wang yang dibawa takl habis diguna, walau keinginan meluap2, hehehe!

Agenda di Kuching telah pun tamat, kami pun berangkat dengan penuh berat hati dan berat kaki dan berat perut akibat penangan Nasi Raja Ayam penyet ke lapangan terbang Kuching!

Terima kasih daun keladi to oghang Kuching! Kami pasti akan terjah lagi k Kuching! Aukkkk!





Overall, nice peeps, nice frens, nice place, good foods, good foods and good foods! Goodbye Kuching yang sangat happening!!!!!!!

And as usual, let the photo do the talking aih! Ada apa2 soalan, boleh tinggalkan di ruangan komen ya! Hik Hik Hik!

3 ayat POWER BEB!:

Sue said...

babe, kawen tak jemput aku yea.... sedihhnye nk nanges

.
.
.
.
.

hehehe tak la.. nway slmt pengantin baru

Yon@Aliati said...

Salam Nazie..Aku kawan lama masa kat Matrix seksyen 2.(semester 1) housemate mu dulu..Ingat lagi tak?

nama aku YON. yang kawan ngan adeq fiza dan budak Yati (kelantan)tu..

aku harap ko ingat aku lagi coz I really miss u ,adeq and the gang..
kalau kau terbaca komen ni, please email me ok. wolvarine_x@hotmail.com

aku bangga melihat perkembangan dirimu..

Yon@Aliati said...

semoga sentiasa bahagia