Salam satu Malaysia semua:-)
Sejak berkahwin dua bulan lepas, jarang2 saya dapat mengemaskini blog nie. Maaf semua. Saya agak sibuk menguruskan kehidupan yang baru nie, heheh! Pada mulanya agak janggal sebab saya dan suami masih lagi berjauhan, dalam erti kata yang lain, walaupun kami suami isteri yang sah, kami tidaklah lagi duduk serumah dan sebumbung ( walau pun sudah tidur sekatil, hiks!). Kerana suami saya bertugas sebagai guru di sebuah lokasi yang memang pedalaman, nun di Sabah, maka-nya beginilah kehidupan kami buat sementara waktu. Memang tidak sama seperti pasangan lain, tapi seperti biasa 'life must goes on'...
Dalam pada itu, kita semua turut menerima perkhabaran yang sedih terutama pemergiannya mereka yang telah berbakti dan menaikkan taraf industri hiburan tempatan. Tidak perlulah saya tuliskan disini dengan lebih lanjut, kerana semuanya sudah maklum. Saya pun begitu sedih dengan pemergian mereka berdua. Justeru, mereka yang pergi telah pergi mengejar syurga... jadikanlah kebaikan mereka yang telah pergi sebagai pedoman untuk kita melayari kehidupan. Yang kita belum tentu lagi penghujungnya *sigh*
Kali ini, entri ini berkaitan dengan pengalaman saya melihat peluang dalam hidup.
Ada orang putih kata "oppurtunity only knocks once". Datang pulak orang putih yang lain yang tak setuju dengan pepatah nie lalu berkata "oppurtunity knocks all the time". Kemudian datang pulak orang putih yang dah lama bermastautin di negara Asia yang tak setuju dengan kedua2 pepatah ni kerana kurang idealistik, maka keluarlah pepatah baru "If oppurtunity doesnt knock, built a door". What says YOU??????
Okay, setiap orang ada pengalaman hidup kan, mungkin dari kategori yang sama.. pengalaman menjadi isteri, pengalaman di tempat kerja yang baru, pengalaman pertama kali bekerja, pengalaman menipu dan ditipu atau pengalaman menjadi ibu dan macam2 pengalaman lagi lah.... yang berbeza mungkin situasi yang memungkinkan keadaan itu sahaja. Setiap pengalaman yang kita lalui datangnya dari satu peluang. Contoh 1: Pengalaman berkahwin, datang nya kerana anda berpeluang menemui pasangan yang dirasakan secocok dengan anda. Maka setelah berkawan, bercinta, bertunang kemudiannya berkahwin. Contoh 2: Pengalaman menjadi penyanyi datangnya kerana anda mempunyai suara yang sedap, maka datanglah peluang untuk mengembangkan bakat anda itu. Jadi tahniah!
Dalam hidup saya, saya juga tidak ketinggalam mendapat peluang sama seperti orang lain. Peluang berkahwin, peluang menjadi penyampai radio, peluang menjadi pelajar terbaiik,peluang membuat perkara yang kita suka. Ya, peluang membuat perkara yang kita suka. Dah tentulah, kalau kita dapat peluang membuat perkara yang kita suka atau idam, kita akan seronok tak terkata, kan kan kan kan... Namun bagaimana pula kita memanipulasi peluang yang ada, yang telah datang di depan mata. Dalam hidup saya juga, selain saya yang mendapat peluang, saya juga bertuah kerana dapat melihat orang lain disekeliling saya yang tidak ketinggalan turut mendapat peluang yang mereka impikan. Ternyata ada di kalangan mereka yang berjaya. Maka tidak sia2lah peluang yang datang. Yang kurang berjaya dengan peluang tersebut, tidak bermakna mereka tidak berjaya, namun mereka juga harus meneliti apa yang telah mereka lakukan dengan peluang tersebut...
Dikalangan kita semua yang telah ditentukan mendapat peluang dari yang punya dunia, termasuk saya kadangkala lalai mengejar dan memenuhi peluang tersebut, kita gagal mengambil kira apa dan siapa di sekeliling kita ketika datangnya peluang itu. Kadang2 apabila kita memenuhi tuntutan peluang tersebut, tanpa kita sedari, kita telah membuat rakan anda berkecil hati, gara2 pertuturan kita yang kurang kemas. Dalam keghairahan kita memenuhi tuntutan peluang, kita terlupa kita ada suami dan anak2 yang perlu kita ambil tahu perkembangan harian mereka. Dalam pada kita menagih peluang, kita terlupa untuk berterima kasih, walaupun hakikatnya kita mengucapkan perkataan itu...dengan kerap.
Saya melihat ada orang yang mengejar peluang, peluang datang kepada mereka setiap saat, lepas itu, ini pula datang, tak menang tangan dibuatnya, dan kadang2 tak terbuat juga... hehe! Akan tetapi, kerana terlalu kerap mendapat peluang, satu perasaan dalam diri mula tumbuh, mungkin merasakan tiada orang lain selayak mereka. Namun yang sedihnya, walau datang banyak peluang, namun tidak ada satu pun yang kekal. Bila difikir2, mungkin juga kerana sikap dan pertuturan kita yang menyebabkan orang lain merasakan bebanan untuk bersama kita, haha!
Disatu sudut yang lain, tidak ramai atau jarang2 dapat peluang seperti Mawi dan Dato' CT, namun kerana peluang tersebut diambil tanpa lengah, disokong oleh mereka yang tegar dikeliling, maka bersina2 lah peluang dalam mereka. Mungkin orang akan berkata...'kalaulah mamat tu tak ambil peluang ni dulu, tentu dia masih lagi tak berjaya...macam dulu"
Di satu sudut pinggiran pula, ada yang menagih peluang, mahu dapat peluang yang mereka idam, akan tetapi peluang lain pulak yang hadir...! Samada mereka berjaya atau tidak, samada mereka mahu memenuhi tuntutan peluang tau tidak, kita sendiri pun tak tahu!
Saya merasakan, setiap orang perlu diberi peluang. Namun bagaimana mereka menjana peluang, akhirnya terpulang kepada diri sendiri. Sebab tu lah ada manusia dalam dunia nie yang selalu dapat peluang, tapi kerana sikap diri sendiri yang faham2 ajelah, makan peluang yang datang tidak dijana sebaiknya. Ada manusia yang tak pernah lansung diberi peluang, justeru bila dapat peluang, tak tahu nak mula dari mana. Ada juga yang dapat peluang, tapi terus menagih peluang yang baru tanpa meneliti peluang yang ada, heheh, macam2 lah!
Semuanya terpulang kepada diri. Tak kiralah berapa banyak peluang pun yang datang atau takda lansung peluang yang datang, jana lah ia dengan cara yang paling 'wassathiyah'...Insya-allah anda layak mendapat peluang itu dan berjaya dan kejayaan anda sudah pasti dikongsi dan disokong oleh mereka yang mengelilingi anda dari jauh mahupun yang dekat....
Sekian bebelan yang dah lama tak berbunyi!
-Nazie-
Tuesday, August 18, 2009
Oppurtunity only knocks once :-)
Posted by Rentak Interaktif Kota at 1:13 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 ayat POWER BEB!:
aku bangga dengan penulisan. teruskan!
Post a Comment