Saturday, May 16, 2009

Helo!

Salam semua! Apa khabar, lama nya tak jumpa kat sini ekkk? bukan apa, saya sibuk upload (muat turun ) gambar kat dalam FB. Yang belum add saya lagi, silalah add saya ya, heheh! djnazirah@yahoo.com, macam yang ada kat sebelah kanan blog saya nie.

Perkembangan yang terkini, seperti biasa, majlis perkahwinan saya sudah semakin hampir. Berdebar2 tau. Itu perasaan yang normal lah kannnn. Kalu tak berdebar, tu yang tak normal tu, macam tak ikhlas nak kawen jer, hahah! Persiapan terus saya lakukan. Fitting baju resepsi ( ntah kali yang keberapa... haha) saya buat lagi. Asal fitting je, mak andam saya bilang... Dik apesal badan ko naik, dik!!! Then buat muka gelabah, tapi saya tengok badan saya biasa je..... hahahahah! Agaknya ini statement yang biasa di kalangan mak andam kottttt!!!!

Santai di Menara KL pula diam tak diam dah masuk ke episod 18, minggu ini. Wah! Good progress. Despite all the trouble, contervasy, causes and many things came in the way, we managed to get things done. Kudos to everybody in Santai! Dan sebelum bercuti panjang, saya perlu menyiapkan skrip untuk program ini bagi episod 19 dan 20. Jadi, pening dan mereng lah otak saya selepas nie, hahahah!

Saya juga sempat menambah dekorasi untuk bilik saya nie. Saya sukakan dekorasi yang moden dan simple. But as i trapped in a kidult world, as usual i lovesss things yang berwarna - warni nie. So korang tengok ajelah hasilnya! ahhahaha! Lagi satu, bilik ni saya tidak dekorasi secara berlebihan atau over, sebab saya tak gunakan pun bilik nie untuk majlis perkahwinan nanti. Semuanya akan dillakukan di Shah Alam. Termasuklah photoshoot etc. Bilik ni hanya akan beroperasi pada malam2 selepas saya bernikah sahaja! hahahahha!



Benda2 yang bergantung tu semua saya beli kat SSF ye. Kalau korang rasa cantik dan nak carik, haaaa, carik lah la kat SSF. Cadar semua saya tak tukar lagi, lagi 2-3 nak kawennnnn lah baru tukar ekkk!

Disamping majlis perkahwinan, kerja yang tak pernah abis, saya turut mengikuti perkembangan semasa ye tuan2 dan puan2. H1N1 arrives in Malaysia, haisssshhhhhhh!!!!!!! Ni yang risau! Yang lain yang jadi perhatian, perkembangan kat Perak (letih dah! ), EXORA yang kalau book, mau 3-4 bulan baru dapat tuh!, kes ragut kejam oleh mat rempit ( ni boleh dipanggilmanusia ke??? ), kawan saya, Charlotte dah jadi preggy mama now!, and sindrom konsert percuma kat Mesia nie! Tu antara yang saya ikuti perkembangan selain daripada gossip berterbangan kat tempat kerja dan lain2, hahahaha!

And saya juga akan ke Pulau Perhentian bermula 13-15 Mei ini ya! Seronotnya. Haven't had vacation in a veryyyyyyyy long time! And Insyaallah to Kundasang, Sabah in July and Insyaallah to Tehran & Dubai, by the end of the year ( Iznan's brother working in Malaysia embassy in Iran, so ni lah chance i nak jumpa pak arab yang gantengggg and sangat my taste, hahahaha!) Dan saya nak book coti raya cepat2, occay!!!!! Ni tahun pertama yang saya rancang nak berhari raya seperti manusia normal, hahah! ND, ko kerja yaaa! Nanti i bawa rendang untuk bekalan abg ND kat konti, hahah! Pendek kata, tahun ni penuh dengan perancangan. Perancangan kena ada beb, tapi yang menentukan adalah Yang Maha Esa. Kita hanya merancang dan berusaha!

Tu je update saya! Thank you for readers yang concern bila saya tak update blog nie! Siap email and msg via FB lagi, kak, bila nak update blog, hahahha!

So finally, saya nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru yang pernah mendidik saya, teristimewa buat my cikgu nun jauh di perantauan, Cikgu Iznan, im proud of you! Selamat Hari Guru, cikgu Iznan, semoga laskar pelangi mampu dilahirkan!

Selamat hari Jururawat, Selamat hari Belia, Selamat Hari Ibu ( dah wish lama dah, tp saje je nak tulis ), dan Selamat Hari Bapa tak lama lagi!

Take care everybody and have a productivity days ahead!


Kudos,

1 ayat POWER BEB!:

Kerabat Sahabat Kajang Berlipat said...

Slm..Nazie,Slmat Pengantin Baru,Moga beberbahagia hingga ke akhir hayat doa dariku.Nampaknya semakin berseri2 Nazie sekarang.